IQNA

Pertandingan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-25 di Lubnan

8:54 - October 08, 2022
Berita ID: 3101631
TEHRAN (IQNA) - Edisi ke-25 Pertandingan Al-Quran Kebangsaan tahunan di Lubnan akan diadakan oleh Persatuan Penjelasan dan Bimbingan Al-Quran cawangan "Beirut" negara ini.

Laporan IQNA; dari Lubnan, pertandingan ini akan diadakan dalam dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan serta dalam pelbagai bidang hafazan, tilawah tahqiq, tartil dan tafsir. Adapun dalam bidang Hafazan para peserta bertanding dalam bahagian yang berbeza; hafazan 5 juzuk, 10, 15, 20 juzuk dan hafazan keseluruhan Al-Quran.

Selain itu, bahagian tilawah tahkik pertandingan ini adalah untuk lelaki dan bahagian tartil adalah untuk wanita, dan hanya warga Lubnan boleh bertanding dalam acara Al-Quran ini.

Pertandingan ini diadakan dalam dua cara, dalam talian dan secara hadir bersemuka, dan khusus untuk kumpulan umur 10 hingga 50 tahun.

Dalam bidang Tafsir pula, para peserta akan bertanding dalam penerangan tafsir ayat-ayat Surah "az-Zukhruf", yang akan berteraskan tafsiran "Nur" oleh Syeikh Mohsen Qaraati.

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini adalah dari Isnin hingga Jumaat dari 9:00 pagi hingga 2:00 petang, dan peringkat awal pertandingan ini akan diadakan dari 10 hingga 13 November di kawasan Haraik Beirut.

Menurut pengumuman Persatuan Penjelasan Al-Quran Lubnan cawangan Beirut, peringkat akhir pertandingan ini akan diadakan pada 30 November di ibu pejabat persatuan itu di Beirut.

4090091

captcha