IQNA

Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-11 di Kuwait + Gambar

5:28 - October 17, 2022
Berita ID: 3101677
TEHRAN (IQNA) - Para peserta bertanding pada hari kedua Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-11 di tengah-tengah penerimaan meluas orang ramai.

Laporan IQNA, memetik Agensi Berita Kuwait; para peserta meneruskan pertandingan mereka pada hari kedua Pertandingan Al-Quran Antarabangsa. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang meluas oleh rakyat negara ini.

Pada hari Jumaat, 14 Oktober dan pada hari kedua pertandingan ini, seramai 13 orang dari pelbagai negara telah bertanding dalam bidang hafazan, tilawah dan Tajwid. 126 orang dari negara berbeza menyertai kejohanan ini.

Pertandingan Al-Quran antarabangsa Kuwait edisi ke-11 bermula pada Khamis, 13 Oktober, selepas dua tahun ditutup kerana situasi korona dunia.

Dalam pertandingan ini, Shoja Zuidat dari Khuzestan dalam bidang hafazan keseluruhan juzuk Al-Quran berserta sepuluh cara seni tilawah, Ali Gholamazad dari wilayah Zanjan dalam bidang hafazan seluruh Al-Quran dan Reza Rezaei dari wilayah Gilan dalam bidang hafazan keseluruhan kelompok remaja hadir sebagai wakil Republik Islam Iran.

Mengikut jadual yang diumumkan oleh penganjur kejohanan, Pertandingan Al-Quran Antarabangsa edisi ke-11 di Kuwait akan diadakan sehingga 27 Oktober ini, dan pertandingan ini boleh ditonton oleh mereka yang berminat melalui saluran YouTube Kementerian Wakaf Kuwait.

دومین روز از مسابقات بین‌المللی قرآن در کویت+عکس

دومین روز از مسابقات بین‌المللی قرآن در کویت+عکس

دومین روز از مسابقات بین‌المللی قرآن در کویت+عکس

دومین روز از مسابقات بین‌المللی قرآن در کویت+عکس

4091953

captcha