IQNA

Khatib solat Jumaat Tehran:

Rasuah dan keganasan tidak sah di Republik Islam / Lahirnya etika rosak ini dari hati yang rusuh.

10:02 - November 19, 2022
Berita ID: 3101822
TEHRAN (IQNA) - Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Syed Ahmad Khatami berkata dalam khutbah pertama solat Jumaat di Tehran: Jika seseorang mengatakan bahawa rasuah dan kerosakan mental telah diinstitusikan dalam sistem Islam, ini adalah pembohongan dan fitnah.

Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Syed Ahmad Khatami, ahli Dewan Pimpinan Majelis Pakar Pimpinan, pada Jumaat semalam 18 November, dalam khutbah pertama solat Jumaat yang diadakan di Universiti Tehran, berkata mengenai taqwa: Maula Ali (as) berkata yang bermaksud: "Jiwa amal itu adalah taqwa, amal yang akan diterima adalah Amalan yang disertai dengan ketakwaan, dan amalan yang disertai dengan ketakwaan adalah wajar sebagai harapan walaupun dalam jumlah yang sedikit."

Khatib Jumaat Tehran menyatakan bahawa salah satu ciri sifat zat suci Allah ialah belas kasihan, beliau menambah: Tetapi Rahmat - belas kasih Allah ada batasnya, di mana ada tempat kelayakan untuk belas kasih, Dialah yang paling baik belas kasihNya, dan di mana ada tempat kemurkaan, Dia pula yang paling murka azab seksaNya. Apakah asas belas kasihan sebagai sifat Allah yang maha kasih - ارحم الراحمین -Arhamu raahimiin? Dan apakah asas kemurkaanNya? Dalam Al-Quran, asas pemangkin belas kasih Tuhan ialah taqwa, sedangkan asas pemangkin kemurkaan Tuhan adalah jenayah; rasuah, keganasan, kerusuhan dan kerosakan etika.

Imam Jumaat Tehran berkata: Jika kita mencari semua tema moral agama, kita tidak akan menemukan satu perkataan yang menyeluruh seperti taqwa dalam sistem akhlak Islam, dan perkataan ini adalah umum dan merangkumi semua bidang kehidupan. Lidah orang yang bertakwa adalah lidah Allah, telinganya adalah telinga Allah dan dia tidak pernah duduk di atas kaki mengumpat, dan ketakwaan mempunyai tempat yang tinggi dalam arena keluarga, keluarga takwa beramal menurut syariat Allah, bukan dengan kod yang ditetapkan oleh warga asing dari seberang sempadan negara.

Khatami menyambung: Dalam arena pergaulan sosial orang bertakwa berpegangan tangan antara satu sama lain dalam situasi sukar dan membantu saudara seagama mereka. Sebilangan orang beranggapan bahawa taqwa hanyalah sebahagian daripada ibadah individu, sedangkan pandangan Al-Quran tentang taqwa adalah lebih luas dari pandangan dan urusan individu.

Beliau menyatakan; Ketakwaan membawa kepada pengukuhan sistem Islam khususnya sistem yang telah dibajai dengan darah 300,000 orang syahid, beliau berkata: Melemahkan sistem Islam yang dibajai dengan darah syahid dan mempersembahkan syahid setiap hari adalah haram berdasarkan pandangan para ulama.

Seorang ahli Dewan Pimpinan Majelis Pakar Pimpinan menganggap memfitnah sistem Islam sebagai haram, dan berkata: Jika seseorang mengatakan rasuah diinstitusikan dalam sistem Islam, ini adalah pembohongan dan fitnah. Dalam sistem Islam, rasuah bertentangan dengan prinsip Islam, pelaku rasuah dan kerusuhan telah dibicarakan di mahkamah atau akan dibicarakan tidak lama lagi, dan pelaku fitnah-fitnah ini tidak berpegang kepada sistem Islam, dan musuh ingin mengemukakan sistem yang dicuci putih sebagai bermasalah. Jika anda ingin menarik rahmat Allah kepada diri anda, satu-satunya jalan ialah  jalan taqwa.

Pada khutbah kedua Hujjat-ul-Islam Syed Ahmad Khatami, menyatakan; memuliakan dan menghormati martabat tinggi para syuhada yang mempertahankan maqam suci Islam, para syuhada perang sekatan, para syuhada yang mempertahankan keselamatan dan keamanan negara; para syuhada pelbagai negeri; seperti Syuhada Izeh, Isfahan, Syiraj, Masyhad dan lain-lain syuhada ialah pemilik martabat kemanusiaan yang tinggi.

Beliau menambah: Kita ucapkan kepada para syuhada bahawa kamu tidak kalah, tetapi kamu menang, dan kemenangan yang sebenar-benar erti kemenangan. Para syuhada adalah pemenang medan ini, dan buat keluarga para syuhada dengan ucapan tasliat dan tabrik saya katakan; "Angkatlah kepala kalian dan ucaplah dengan penuh kebanggaan; para syuhada kami demi menjaga Kedaulatan Republik Islam mereka pergi berjumpa Tuhan".

Khatib Jumaat Tehran berkata kepada perusuh dan pengganas; "Saya berkata kepada penjenayah yang melakukan jenayah ini, kamu telah mendekatkan kubur kamu. Hal yang sama yang dibuat oleh raja Pahlavi yang melakukan setiap jenayah, untuk semakin hampir ke kuburnya dengan setiap jenayah yang dilakukannya, pembunuhan dan operasi yang tidak masuk akal ini akan membantu kubur anda digali lebih cepat dengan takdir dan rahmat Tuhan."

Khatami, khatib Jumaat Tehran menyatakan bahawa pada pendapat kami seorang penunjuk perasaan bukanlah seorang perusuh dan beliau menambah: "Sama ada perlembagaan dan sebelum itu agama dan Syariah mengatakan bahawa protes adalah bebas (perkara yang wajar), dan tradisi Amirul Mukminin (as) menekankan kebebasan protes, dan protes bukanlah rusuhan. Rusuhan bermaksud adalah tindakan membakar Al-Quran, rusuhan bermaksud membunuh Basij - pasukan rela penghkidmat rakyat dan negara, rusuhan bermaksud membunuh pelajar, rusuhan bermaksud menghina Imam suci yang menjadi lambang mempertahankan agama, rusuhan bermaksud merompak harta orang, rusuhan bermaksud merompak bank dan rusuhan bermaksud membakar ambulans yang bekerja untuk menyelamatkan manusia. Ini bukan lagi bantahan atau protes wajar."

Beliau menyambung: "Jadi bantahan itu dibenarkan dan kami melaungkannya untuk semua orang mendengar, tetapi gangguan atau rusuhan seketika tidak dibenarkan bukan sahaja di sekolah kami tetapi di seluruh dunia. Mereka yang merusuh di Amerika, Eropah dan disini sebagai pusat kehendak mereka, adakah penunjuk perasaan melakukan perkara sedemikian di negara-negara itu? Adakah mereka membakar Taurat? Adakah mereka membakar Alkitab? Adakah mereka merompak bank rakyat? Gangguan dan kerusuhan tidak diterima di mana-mana."

Ahli lembaga pimpinan perhimpunan pakar itu menegaskan: "Bahawa mereka yang berkeras untuk menamakan rusuhan ini sebagai protes pastinya adalah satu kesilapan politik. Nama kerusuhan ialah bukan protes, tetapi keganasan lahir daripada pergolakan. Apa yang berlaku di Izeh adalah pembunuhan - perilaku terorisma dan apa yang berlaku di Isfahan adalah pembunuhan - perilaku terorisma. Anda perusuh telah menyediakan tanah untuk pembunuhan - perilaku terorisma ini dan kematian perusuh adalah milik anda - pelaku jenayah rusuh."

Hujjat-ul-Islam Khatami berkata: "Mereka kata jangan cakap apa-apa tentang perusuh supaya tidak terjadi provokasi dan kedegilan, mereka salah bahawa merekalah yang berlaku degil. Jadi di manakah undang-undang yang tepat yang dianggap oleh perusuh, jenayah yang mereka buat itu tidak dianggap sebagai jenayah dan keganasan?"

Merujuk kepada matlamat para perusuh, khatib Jumaat Tehran menjelaskan: "Matlamat pertama para perusuh adalah subversi - menumbangkan Republik Islam, dan ke arah ini, mereka telah menjelaskan dan mengedarkan risalah dan berkata, teruskan mogok sehingga penggulingan."

Mereka mengancam pekedai dan mengatakan bahawa jika mereka tidak menutup kedai mereka, mereka akan membakarnya, dan sementara itu, sesetengah orang tidak mendengar ancaman mereka, tentunya para pemilik kedai itu tidak dan tidak akan mengikuti para agitator itu, malah mereka yang telah menutup kedai mereka, itu hanya mereka takut pada kediktatoran anda wahai para perusuh.

Salah satu contoh untuk slogan 'kematian diktator' yang anda laungkan ialah sebenarnya anda sendiri sebagai pelaku rusuh yang diktator.

Kamulah orang yang melarang pegawai pengkhidmat negara untuk bercakap ke universiti, mereka tidak membenarkan pegawai negara kita bercakap. Perilaku anda ini jika bukan nama diktator, maka apa itu? Apa yang Syah lakukan? Syah menutup mulut orang-orang yang berbicara dan kamu juga melakukan perkara yang sama. Anda adalah contoh slogan sedemikian. Reza Khan mahu menarik hijab secara paksa dan anda melakukan perkara yang sama. Maka matilah kamu yang membuat diktator dan matilah diktatormu yang selayaknya mati."

Imam Jumaat sementara Tehran meneruskan: "Sudah tentu, telah ada sejarah penyelewengan sejak permulaan Islam, dan ayat 217 Al-Baqarah merujuk kepadanya:

«لا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا»

"Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga mereka mengusir kamu dari agama kamu, jika mereka berkemampuan" (Qs, Al-Baqarah 2 ; 217).

لا يَزَالُونَ bermaksud sentiasa mereka akan selalu memerangi kamu wahai umat Islam, sehingga kamu menyerah dan melepaskan ikatan agama kamu, tentu jika mereka ada kemampuan, pastinya mereka tidak berkemampuan untuk perkara ini terjadi. Ini adalah fakta sama ada anda menerimanya atau tidak, sama ada anda mengatakannya atau tidak, mereka menyifatkan segala-galanya kepada orang asing. Hari ini, semua iman telah datang menghadapi peperangan semua kekufuran.

Jika anda tidak punya cakap agama, apa kaitan rakyat revolusioner dengan anda sehingga anda menghina mereka? Jika anda tidak punya cakap agama, apa yang Al-Quran buat kepada anda sehingga anda membakarnya? Apa yang masjid buat kepada anda sehingga anda membakar masjid? Inilah matlamat anda dan anda akan gagal, sepertimana anda gagal dari awal Islam. Islam telah masyhur, masyhur dan akan masyhur.

Ahli Fiqh Majlis Wali ini menamakan kerosakan kewibawaan sistem Islam sebagai matlamat perusuh yang lain dan berkata: "Nabi membentuk kerajaan;

«لَقَد أَرسَلنا رُسُلَنا بِالبَيِّناتِ وَأَنزَلنا مَعَهُمُ الكِتابَ وَالميزانَ لِيَقومَ النّاسُ بِالقِسطِ»

Para nabi mempunyai kitab, mereka mempunyai sukatan, dan mereka membentuk kerajaan agama, tetapi bukan kerajaan agama yang tidak berkuasa. Sebaliknya, kerajaan agama yang berkuasa;

«وَأَنزَلنَا الحَديدَ فيهِ بَأسٌ شَديدٌ»

"Dan kami telah menurunkan besi yang memiliki kuasa yang cukup". (Qs, al-Hadid: 25).

Kerajaan yang tidak berkuasa tidak dapat memperbaiki kehidupan rakyat. Kerajaan yang tidak berkuasa tidak dapat mewujudkan keselamatan. Para perusuh telah menyasarkan pihak berkuasa sistem negara Islam.

*Cebisan Khutbah Solat Jumaat Tehran, semalam Jumaat 18 November.

 

captcha