IQNA

Peluang perhambaan/ 1

Tujuan puasa adalah untuk mencapai taqwa + Klip

10:40 - March 25, 2023
Berita ID: 3102376
TEHRAN (IQNA) - Tujuan puasa 30 hari Ramadhan adalah untuk mencapai ketaqwaan. Apakah yang dimaksud dengan taqwa? Taqwa dalam erti tiga bab: bab pertama adalah takut kepada Allah, bab kedua adalah mengikut perintah Allah, dan bab ketiga adalah menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Laporan IQNA; Syeikh Zuhair al-Darurah (شیخ زهیر الدروره), seorang pendakwah Saudi merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran, menyatakan bahawa tujuan berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk mencapai ketaqwaan dan tawaduk di hadapan Allah. Oleh itu, apabila kita ingin mengetahui sama ada kita telah berpuasa atau tidak, jika kita takut kepada Allah secara sembunyi dan terang-terangan, kita telah mencapai matlamat akhir. Penjelasan ucapan mubaligh - pendakwah Saudi ini boleh didapati dalam klip di bawah;

 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Qs, Al-Baqarah 2:183).

Terdapat dua gambar yang sangat indah dalam ayat ini: gambar pertama ialah kita mengikuti kehidupan nabi-nabi terdahulu. Yang masyhur dalam kitab-kitab tafsir ialah Allah mewajibkan puasa kepada kita, sebagaimana Dia mewajibkan umat-umat terdahulu. Tetapi dari sudut pandangan AhlulBait (AS), ayat ini mempunyai rujukan lain.

Imam Sadiq (as) berkata yang bermaksud: yang dimaksudkan orang-orang sebelum kamu iatu nabi-nabi dan wali-wali Allah terdahulu, dan betapa indahnya gambaran ini bahawa tubuh dan jiwa manusia terhubung dengan para nabi dan para wasi atau wali Allah di masa lalu, dalam erti kata bahawa nabi-nabi dan wasi Allah telah menunaikan kewajipan ini.

Nabi-nabi dan para wali Allah terdahulu pun melakukannya, dan umat ini berada di atas jalan dan sunah para nabi dan wasi, dan seolah-olah mengikuti mereka dengan berpuasa, dan ini adalah gambaran yang indah dan menakjubkan.

شيخ دروره، مبلغ شیعی عربستانی

Seseorang harus merenungkan manifestasi ayat-ayat dan memahami makna ayat-ayat tersebut dengan baik untuk mengetahui bagaimana Allah memuliakannya dan menempatkannya bersama para nabi, rasul, wali atau wasi, dan dalam barisan mereka (as).

Imej kedua ayat itu sama menarik dan penting seperti imej pertama; Bahawa (seperti kata Aristotle) ​​punca utama dalam alam adalah empat sebab, iaitu sebab material (علة مادی), sebab formal (علة صوری), sebab aktif (علة فاعلی), dan sebab akhir (علة غایی). Apabila seseorang belajar dalam mana-mana bidang dalam masyarakat manusia, sama ada pengajian akademik, seminari atau hawzah, atau yang lain, apakah tujuan pendidikannya? Apabila kita berpuasa pada bulan Ramadhan, kita harus bertanya apakah tujuan berpuasa? Al-Quran menjelaskan sebab terakhir kepada kita apabila ia berkata pada akhir ayat: "لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ" - Semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa."

Oleh itu, tujuan puasa 30 hari Ramadhan adalah untuk mencapai ketaqwaan. Apakah erti taqwa? Taqwa bermaksud tiga bab: bab pertama adalah takut kepada Allah, bab kedua adalah mengikut perintah Allah, dan bab ketiga adalah menjauhi segala yang Allah larang kita daripadanya.

Oleh itu, apabila kita ingin mengetahui bahawa kita telah mencapai matlamat dan mengetahui sama ada kita benar-benar berpuasa atau tidak, jika kita takut kepada Allah secara sembunyi dan terang-terangan, kita telah mencapai matlamat - tujuan ibadah puasa.

4127935

 

captcha