IQNA

Persembahan Al-Quran pada pembukaan Piala Dunia 2022 + Video

9:54 - November 22, 2022
Berita ID: 3101840
TEHRAN (IQNA) - Buat pertama kali dalam sejarah acara global ini, majlis hari pembukaan Piala Dunia Qatar dimulakan dengan persembahan Al-Quran.

Laporan IQNA; pada petang Ahad, 20 November, dengan bermulanya Piala Dunia 2022, mata dunia tertarik ke Doha, ibu negara Qatar, di mana acara bola sepak antarabangsa yang paling menonjol dibuka.

Majlis perasmian Piala Dunia dimulakan dengan persembahan Al-Quran oleh Morgan Freeman, pelakon terkenal Amerika, dan Ghanem Al Muftah, qari kurang upaya (OKU) Qatar yang telah diperkenalkan oleh Qatar sebagai duta Piala Dunia 2022.

Pembukaan Piala Dunia dengan haruman bacaan ayat Al-Quran oleh Ghanem al-Muftah disambut baik oleh pengguna media sosial di negara ini, yang menggelarnya sebagai penghormatan dan kebanggaan negara mereka.

Ghanem al-Muftah membaca ayat ke-13 dari surah Al-Hujrat yang diberkati:

يا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْناکُمْ مِنْ ذَکَرٍ وَ أُنْثي‏ وَ جَعَلْناکُمْ شُعُوباً وَ قَبائِلَ لِتَعارَفُوا إِنَّ أَکْرَمَکُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقاکُمْ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Qs, Al-Hujuraat 49:13).

Dalam ayat ini, disebutkan tiga prinsip penting: prinsip persamaan dalam penciptaan lelaki dan wanita, prinsip perbezaan ciri-ciri manusia, dan prinsip ketakwaan adalah kriteria keunggulan.

Dalam majlis perasmian Piala Dunia di Qatar, ketua-ketua banyak negara di dunia khususnya negara-negara Islam turut serta.

پرفورمنس قرآنی در افتتاحیه جام جهانی ۲۰۲۲ + فیلم

 

kod video

 

پرفورمنس قرآنی در افتتاحیه جام جهانی ۲۰۲۲ + فیلم

پرفورمنس قرآنی در افتتاحیه جام جهانی ۲۰۲۲ + فیلم

4101083

tanda nama: Persembahan ، Al-Quran ، Fifa Qatar
Nama:
Email:
* komen:
captcha