IQNA

Mengadakan pertandingan Al-Quran sempena memperingati martabat wanita di Indonesia + Gambar

10:38 - January 21, 2023
Berita ID: 3102109
TEHRAN (IQNA) - Pusat Dakwah Al-Quran Wilayah Muqaddas Huseini cawangan Indonesia mengumumkan bahawa  Minggu lepas, telah mengadakan program pertandingan Al-Quran dan pameran pada majlis tersebut, yang telah menjadi agendanya untuk meraikan kedudukan berhormat wanita.

Laporan IQNA, memetik dari pangkalan berita wilayah Muqaddas Huseini; Pusat Dakwah Al-Quran antarabangsa wilayah Muqaddas Huseini melalui cawangannya di Indonesia menganjurkan beberapa siri aktiviti Al-Quran, kebudayaan dan keilmuan pada minggu terakhir sempena memperingati kedudukan wanita dan menyambut kelahiran Hazrat Fatimah azZahra (as).

Abdullah Beyk (عبدالله بیك), ketua Pusat Darul-Quran di Indonesia, berkata: Aktiviti pusat ini adalah sempena kelahiran Hazrat az-Zahra (as). Program disediakan untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan AhlulBayt (as) telah diadakan di pelbagai kota di Indonesia, yang paling menonjol adalah berkaitan dengan cawangan pusat itu di Jakarta.

Tambahnya: Majlis ini melibatkan lebih 60 pelajar lelaki dan perempuan bersama beberapa ibu bapa dalam satu perayaan dengan persembahan yang merangkumi lagu, ceramah, pendidikan, pengajaran dan pertandingan Al-Quran.

Beyk berkata: Sebahagian daripada program memperingati kelahiran anak Nabi (SAW), sebuah pameran saintifik dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pusat Budaya Islam yang bergabung dengan Pusat Dakwah Al-Quran yang telah diadakan selama tiga hari.

Menurut pegawai pusat itu, dalam pameran ini, yang dikunjungi ratusan orang, pencapaian Darul-Quran dan pusat Kebudayaan di Indonesia telah menyediakan booth untuk mereka yang berminat membetulkan bacaan Surah Al-Fatihah dan surah-surah pendek yang lain.

4114645

captcha