IQNA

Pemimpin Revolusi Islam menjelaskan pada upacara peringatan haul ke-34 kewafatan Imam Khomeini (ra):

Perisian "Iman" dan "Harapan" Imam Khomeini (ra) mencipta 3 perubahan besar

19:57 - June 04, 2023
Berita ID: 3102666
TEHRAN (IQNA) - Hazrat Ayatullah Khamenei, dalam perhimpunan yang hebat, besar dan penuh semangat orang-orang yang menghargai dan beriman memperingati ulang tahun ke-34 haul kewafatan Imam Khomeini (ra), beliau memanggil Imam Khomeini sebagai salah seorang pemimpin dalam sejarah Iran, dan dengan menjelaskan 3 perubahan besar yang dibawa oleh Imam untuk negara, umat Islam dan dunia. Pemimpin tertinggi Republik Islam Iran berkata: "Iman" dan "harapan" hazrat Imam Khomeini adalah faktor lembut dan punca perkembangan sejarah yang hebat.

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam pagi ini dalam perhimpunan agung, besar dan ghairah orang yang menghargai dan setia pada ulang tahun ke-34 kewafatan Imam Khomeini (ra), menggelar Imam Khomeini sebagai salah seorang pemimpin dalam sejarah Iran dan dengan Penjelasan tentang 3 perkembangan utama yang dibawa oleh Imam di peringkat negara, umat Islam dan dunia, beliau berkata: "Iman" dan "harapan" adalah faktor perisian dan pencipta perkembangan sejarah yang hebat ini; setiap orang dan setiap kumpulan yang mempunyai hubungan dengan Iran Islami, yang berminat dengan kepentingan negara republik Islam, peningkatan keadaan ekonomi, kemajuan dan kehormatan negara, dia harus menggunakan segala usahanya untuk memperkukuh "iman" dan "harapan" rakyat dan masyarakat.

Ayatullah Khamenei menggelar Imam Khomeini yang agung sebagai pembawa panji-panji misi ketuhanan pada zaman jahiliyah moden yang bersenjata berabad-abad kebelakangan ini dan menunjukkan keperluan semua pegawai negara dan rakyat, terutamanya golongan muda, untuk mengetahui dimensi keperibadian agung ini, tambahnya: Imam adalah bukan sahaja pemimpin zaman kita, tetapi juga salah seorang pemimpin sejarah Iran, adalah bahawa tiada siapa dan tidak ada arus yang akan dapat mengeluarkannya dari ingatan sejarah atau herotannya yang "berkesan, panjang dan berkekalan"; Kerana matahari tidak boleh berselindung di sebalik awan.

Menunjuk kepada dimensi menakjubkan keperibadian Imam Khomeini (ra) dalam "ilmu agama, iman dan takwa, kekuatan watak dan kehendak, penegakkan kalimah Tuhan dan politik revolusioner, dan mencipta transformasi dalam sistem manusia", tambah beliau: Semua dimensi ini belum dilihat dalam mana-mana pemimpin sejarah Iran; atas sebab ini, satu-satunya, Imam kita akan sentiasa hidup dan akan memperkenalkan wajahnya yang cerah kepada semua orang dengan suara yang jelas.

Dalam menjelaskan perkembangan yang belum pernah berlaku sebelum ini yang dicipta oleh Imam Khomeini di Iran, umat Islam dan Dunia, Pemimpin Revolusi berkata: Dengan mencipta Revolusi Islam dan kemenangannya di tangan rakyat, Imam mengubah struktur politik monarki menjadi demokrasi, kerajaan boneka, yang hina menjadi sistem yang bebas dan tidak bergantung pada mana-mana negara.

Merungkai Kehormatan negara mengubah rejim anti-agama menjadi sistem Islam (cinta Agama), kezaliman kepada kebebasan, dan tanpa identiti menjadi identiti nasional, dan melengkapkan negara yang dibutakan oleh orang asing dengan kuasa ajaib slogan "kita boleh" yang akan menyelesaikan semua masalah masa kini dan masa depan.

Hazrat Ayatullah Khamenei, semasa menjelaskan dimensi transformasi Imam di peringkat umat Islam, menunjuk kepada penciptaan kebangkitan Islam, memobiliti kesediaan relatif dalam umat Islam dan menjadikan isu Palestin sebagai isu pertama dunia umat Islam  dan berkata: Imam menghembuskan nafas kehidupan ke dalam tubuh terhimpit bangsa Palestin dan kini hari Al-Quds telah menjadi pentas sokongan kepada rakyat Palestin yang tertindas bukan sahaja di Iran tetapi juga di ibu kota negara-negara bukan Islam.

Keluar daripada pasif di hadapan materialisme dan menarik perhatian negara kepada kerohanian adalah paksi utama transformasi Imam di peringkat dunia, yang ditunjuk oleh pemimpin revolusi, Syed Ali Khamenei dan berkata: Keperibadian yang hebat itu menghidupkan semula warna rohani di dunia yang mana pencerobohan kuat pusat-pusat politik dan media pemerintah sekular terhadap isu-isu kerohanian dan percubaan kesat mereka untuk mempromosikan materialisme adalah reaksi terhadap perkembangan ini.

Pidato pemimpin revolusi dalam kerumunan orang yang tidak terhitung jumlahnya di makam suci Imam Khomeini diteruskan dengan penjelasan faktor perkakasan dan perisian yang membantu Imam yang mulia dalam proses transformasi sejarah.

Hazrat Ayatullah Khamenei menyenaraikan halaman kertas dan pita audio  sebagai  faktor perkakasan Imam untuk menyampaikan mesej dan kata-katanya kepada orang ramai dan menekankan: Apa yang membolehkan Imam melakukan aktiviti ajaib itu ialah dua faktor perisian penting, iaitu "iman" dan "harapan".

Merujuk kepada kata-kata Syahid Motahari selepas bertemu dengan Imam Khomeini di Paris, beliau menambah: Motahari, yang merupakan gunung iman sendiri, memerhati empat iman Imam: iman terhadap matlamat (tujuan), iman terhadap jalan yang ditempunnya (jalan Allah), iman terhadap rakyat, dan di atas segalanya, adalah iman kepada Allah”.

Pemimpin revolusi menganggap percaya kepada Tuhan di jalan Imam, yang bermaksud memerangi musuh Tuhan, sebagai iman dan percaya kepada janji Tuhan, dan menyebut beberapa ayat Al-Quran, katanya: Tuhan telah berjanji bahawa sesiapa yang menolongNya, akan menikmati kemenangannya; Allah telah berjanji untuk meneguhkan langkah orang-orang yang beriman, menjadi pembela orang-orang mukmin dan menjadikan kebenaran dan segala yang bermanfaat bagi manusia dan akan menyebabkan kebatilan itu runtuh dan hilang seperti buih di atas air.

Dengan menjauhkan antara Islam yang diyakini oleh Imam dari Islam kapitalisme yang diakui oleh para intelektual yang tidak berpengetahuan sebenar tentang Islam, Syed Ali Khamenei menambah: Imam beriman kepada Islam Al-Kitab dan As-Sunnah bersama dengan ijtihad yang mantap dan pemahaman yang betul, dan dengan tegas menolak persepsi yang kononnya golongan intelek memberi pandangan terhadap Islam. Sama seperti beliau menentangi orang-orang taksub buta yang menolak peraturan politik, hukumah dan sosial Islam dan mempromosikan sikap tidak bertanggungjawab.

Pemimpin revolusi berkata tentang satu lagi aspek keimanan Imam Khomeini (ra), iaitu, "iman kepada rakyat", bahawa Imam, dengan pemahaman yang mendalam tentang ayat-ayat ketuhanan, mempunyai kepercayaan yang mendalam terhadap motif dan tindakan orang ramai (rakyat), termasuk undian pilihan raya mereka, dan sebagai tindak balas kepada beberapa ungkapan orang-orang yang kebimbangan terhadap suara rakyat, beliau berkata, "Saya lebih mengenali rakyat lebih daripada anda."

Beliau menganggap kesetiaan rakyat kepada cara Imam, toleransi dan keimanan keluarga para syuhada, perjuangan pemuda dan perhimpunan besar rakyat dalam menghormati agama dan isu-isu agama  revolusioner, sebagai petunjuk kebenaran dan kedalaman kefahaman Imam terhadap bangsa ini dan menambah: Tafsiran “Republik” atas nama kerajaan bermaksud Republik Islam adalah kerana amanah dan kepercayaan Imam yang mulia kepada rakyat.

Hazrat Ayatullah Khamenei memberikan contoh kedalaman pemikiran asas Imam Khomeini kepada Republik, dan berkata: Imam (ra) tidak mengundi presiden pertama seperti yang beliau nyatakan pada akhir hayatnya, tetapi kerana beliau percaya kepada rakyat, beliau melaksanakan perasmian - pertambalan presiden yang merndapat suara rakyat terbanyak.

Dalam menjelaskan "Harapan" sebagai faktor perisian kedua dalam beberapa dekad aktiviti transformatif Imam, Pemimpin Revolusi  berkata: "Harapan" adalah elemen dan enjin berterusan gerakan Imam Khomeini; Pada tahun 20-an, beliau bercakap tentang kebangkitan Lillah (قیام لله ), pada tahun 40-an, beliau memasuki medan praktikal kebangkitan, dan pada tahun 60-an, di tengah-tengah kecamuk ketenteraan-keselamatan dan ribut politik yang dahsyat, Imam tidak mengerutkan kening sekerutpun.

Hazrat Ayatullah Khamenei memetik harapan berterusan Imam dan mengelakkan keputusasaan sebagai akibat dan bergantung pada iman keperibadian abadi itu dan berkata: Imam, seperti yang dikatakannya sendiri, tidak pernah putus asa dan percaya bahawa apabila umat membaca sesuatu, ia pasti akan menjadi kenyataan. Sambil menunjuk kepada pengaruh saling percaya yang jelas dan harapan yang benar antara satu sama lain, beliau menambah: Harapan disertai dengan pergerakkan dan bukan diciptakan oleh kemalasan, dan mereka yang berpaling kepada ketidakaktifan dan duduk untuk sampai ke destinasi mereka telah dikutuk dalam hadis.

Setelah menyenaraikan dimensi keimanan dan harapan Imam, pemimpin revolusi menyeru rakyat negara khususnya pemuda ceria dan gigih bekerja di tanah air agar mengikuti pengajaran Imam yang mulia untuk menempuh perjalanan yang jauh dan lakukan perkara yang hebat di hadapan dan berkata: tanpa ragu-ragu, pengajaran dan nasihat beliau yang paling penting kepada kita meneruskan jalannya ialah menjaga warisannya dan mengikuti tiga transformasi yang diciptanya di peringkat negara, umat dan dunia.

Beliau menganggap keperluan dan alat yang diperlukan untuk mengikuti jalan dan matlamat Imam adalah berbeza daripada kaedah 40 tahun yang lalu dan pada masa yang sama menambah: Sudah tentu, bahagian yang berhadapan dengan kebangkitan ini tidak berubah dan hari ini, seperti semalam, bahagian keangkuhan global, barisan hadapan Zionis dan barisan hadapan pembuli yang agresif menentang rakyat Iran masih ada.

Ayatullah Khamenei menambah: Sudah tentu, perbezaan antara barisan hadapan hari ini dan semalam ialah negara Iran telah menjadi lebih kuat dan mereka menjadi lebih lemah.

Pemimpin revolusi menyebut bahawa melupakan medan perjuangan melawan keangkuhan global dan zionis adalah lembah yang berbahaya di hadapan negara dan menekankan bahawa setiap kali kita melupakan pembentukan kubu musuh ini, kita yang akan dipukul: Pembaharu Imam yang mulia mempunyai musuh yang keras kepala, penuh dengan niat jahat dan kebencian, penjenayah dan penceroboh, yang mesti bangsa Iran menangani mereka dengan dilengkapi perisian yang sama seperti yang Imam agung miliki, iaitu iman dan harapan.

Hazrat Ayatullah Khamenei berucap kepada orang ramai, pemuda, elit, kumpulan revolusioner dan kumpulan politik dan berkata: Sesiapa yang mencintai Iran dan kepentingan negara dan memperbaiki keadaan ekonomi, dan berusaha untuk membetulkan masalah ekonomi dan mata pencarian yang masih menyakitkan, dan mencari tempat bermaruah bagi Iran dalam sistem global yang berkemajuan, ia harus berusaha untuk mempromosikan dan mengekalkan kepercayaan dan harapan hidup di negara ini.

Beliau menunjukkan fakta bahawa, bertentangan dengan idea yang salah sesetengah orang yang menggambarkan; "permusuhan keangkuhan global dan Zionisme dengan negara Iran akan pudar atau hilang disebabkan oleh pengunduran tempatan", Syed Ali Khamenei menjelaskan: Dalam banyak kes, pengunduran kita menyebabkan mereka tampil ke hadapan dengan lebih ganas dan menjadi lebih terdedah jenayahnya; kerana matlamat utama mereka adalah mengembalikan Iran ke era sebelum revolusi, iaitu era pergantungan dan tanpa identiti.

Hazrat Ayatullah Khamenei, dalam menjelaskan taktik pihak lawan untuk mengecewakan golongan muda, berkata: Percubaan mereka adalah untuk mengecewakan pemuda Iran dengan bermegah tentang masalah mata pencarian dan inflasi dan harga yang tinggi, sementara pertama sekali, semua masalah ini dapat diselesaikan dan akan diselesaikan dengan rahmat Allah. Kedua, memerhati masalah harus meningkatkan motivasi untuk mencari jalan untuk menyelesaikannya dan membantu orang yang cuba menyelesaikannya di lapangan. Ketiga, selain daripada masalah, terdapat banyak fenomena yang menjanjikan di negara ini yang tidak mahu dilihat oleh pihak yang termakan isu.

Beliau, menyatakan; kemajuan negara dalam bidang sains dan teknologi, pembangunan infrastruktur dan pengangkutan perindustrian dan pertanian, latihan tenaga kerja, aktiviti pembinaan di kawasan terpencil negara, kemajuan dalam politik antarabangsa, kehormatan negara dan dalam ketenteraan negara dan pihak berkuasa pertahanan, di antara fakta yang penuh harapan dan menjanjikan, mereka membaca masa depan yang cerah dan berkata: musuh mahu fakta ini dilupakan dan menginginkan pemuda Iran tidak mengetahui tentangnya.

Pemimpin revolusi dengan mengkritik sesetengah orang kerana melemahkan kategori harapan dan menuduh orang lain tidak mengetahui fakta, berkata: Mereka mengatakan anda tidak mengetahui fakta, sedangkan realiti yang mereka bicarakan adalah ekonomi yang sama dan masalah rezeki yang dihadapi oleh semua orang yang sedang menjadi masalah.

Tindakan sesetengah pihak yang berulang kali merujuk kepada kewujudan orang yang tidak berpegang kepada agama dan revolusi dalam lapisan sosial adalah satu lagi cara untuk membunuh harapan di hati rakyat, mengenai hal ini pemimpin revolusi berkata: Ini bukan isu khusus untuk hari ini, malah pada tahun 60-an ketika medan pertahanan dipenuhi oleh orang muda beriman, segelintir orang di Tehran dan kota besar bukan sahaja lalai dan tidak bertanggungjawab, tetapi mereka juga mempersendakan negara, yang menjadi sebab kisah pahlawan muda dan perasaan kerinduan mereka apabila pulang ke bandar-bandar besar.

Ayatullah Khamenei berkata: Malah pada hari ini ada orang yang tidak berpegang kepada Islam dan revolusi bahkan tidak komitmen kepada Iran, tentu mereka bukan bangsa Iran; Seperti di Madinah al-Nabi, terdapat beberapa orang yang Al-Quran sebut sebagai orang-orang munafik atau murjifun (مُرجِفون), yang bermaksud penyebar khabar angin ketakutan dan keraguan.

Hazrat Ayatullah Khamenei, pengembangan beribu-ribu potensi muqawamah - perjuangan penentangan di masjid-masjid dan delegasi di seluruh negara dan kemunculan orang muda yang mempertahankan kesucian dan keselamatan tempat-tempat suci agama, kehadiran pelajar yang berwawasan dan tabah, aktivis Jihad yang bekerja keras dan kumpulan bantuan agama adalah lain-lain mata yang menjanjikan dalam pergerakan bangsa yang membanggakan walaupun masih ada banyak kertergelinciran, beliau menambah: Aktivis hauzah dan universiti dan pemilik kedudukan sosial dan menjadi perhatian rakyat, hendaknya berusaha menghapuskan keraguan yang menjadikan golongan muda pesimis terhadap pihak pemimpin dan penanggungjawab kerja-kerja negara, gerakan politik dan ekonomi negara, serta menjadikan orang ramai pesimis terhadap satu sama lain, untuk memperkukuh iman dan harapan rakyat.

"Menjadikan orang pesimis terhadap pilihan raya" adalah satu lagi cara untuk menimbulkan keputusasaan yang dicipta oleh musuh, yang ditunjuk oleh pemimpin revolusi dan berkata: Saya akan bercakap tentang pilihan raya pada masa hadapan; pilihan raya tahun ini adalah pilihan raya yang sangat penting yang musuh telah pun mengaktifkan artilerinya untuk memusnahkannya, sedangkan kita tinggal 9 bulan lagi untuk pilihanraya.

*Dalam upacara peringatan haul Imam Khomeini (ra) ini, Pada permulaan upacara Hujjat-ul-Islam Syed Hassan Khomeini sebagai pengurus makam suci Imam (ra), mengatakan bahawa Revolusi Islam adalah revolusi paling popular di dunia, beliau menganggap sistem "Republik Islam", menjadi legasi terbesar Imam (ra) dan bergantung kepada rakyat melalui pilihan raya yang memajukan matlamat Islam melalui perundangan yang dinamik dan menjamin kehormatan negara dalam bentuk kemerdekaan politik adalah antara ciri terpenting sistem ini.

captcha