IQNA

Ibadah Rami Jamarat di bumi Mina + Klip & gambar

10:29 - June 30, 2023
Berita ID: 3102788
MINA (IQNA) - Lebih sejuta lapan ratus ribu jemaah haji pada hari raya pertama Qurban memulakan upacara lempar syaitan - Rami Jamrah Aqabah di Masy'ar Mina (مشعر منا).

Laporan IQNA, memetik agensi berita rasmi Arab Saudi - WAS (واس); sejumlah besar jemaah haji Baitullah Al-Haram subuh hari Rabu; Pada 28 Jun, bersamaan dengan hari pertama Aidil Adha di Arab Saudi, ibadah Rami Jamrah dilakukan dengan melontar tiang Aqabah di Mina.

Haji, dengan bimbingan pasukan keselamatan dan kehadiran besar pasukan perkhidmatan, tanpa menghadapi kesulitan sesak berpusu-pusu, menunaikan manasik ibadah Rami Jamarat.

Agensi berita negara Arab Saudi menegaskan bahawa pergerakan jemaah haji ke arah Jambatan Jamrah dan dataran sekitar adalah secara beransur-ansur dan aman tertib yang telah diatur sehingga jemaah haji pulang kembali ke Makkah - rumah Allah, yang dilakukan dengan lancar dan selamat.

Ramai jemaah haji pada 9 Zulhijjah (berdasarkan Kalendar Arab Saudi), setelah menunaikan rukun haji yang terbesar, iaitu berdiri di Arafah, maka dari azan Maghrib, mereka mula meninggalkan Arafah menuju ke Muzdalifah - مزدلفه - (مشعر الحرام) untuk menunaikan ibadah Rami Jamarat (رمی جمرات) selepas Matahari terbit pada hari ke-10 Zulhijjah.

Jemaah haji melakukan ibadah korban dan kemudian mencukur rambut mereka selepas Rami Jamrah Aqabah ( رمی جمره عقبه), dan kemudian melakukan Sai (سعی) antara Safa (صفا) dan Marwah (مروه).

Kemudian jemaah haji terus melakukan ibadah tinggal di Mina pada hari-hari Tasyriq (ایام تشریق ), dan sambil menyebut dan berterima kasih kepada Allah - Yang Maha Kuasa atas kejayaan persembahan Ibadah haji mereka dengan melengkapkan upacara lempar tiga tiang - Rami Jamarat dengan 7 biji batu untuk setiap tiang.

Di bawah ini, anda akan melihat video upacara Rami Jamarat jemaah haji di bumi Mina di upacara haji tahun 1444HQ - 2023M.

 

4151011

captcha