IQNA

Penekanan Khatib Arafah terhadap perpaduan di kalangan umat Islam

11:16 - June 30, 2023
Berita ID: 3102789
ARAFAH (IQNA) - Penceramah majlis Hari Arafah sambil menekankan kepada membantu fakir miskin dan orang yang berkeperluan, beliau memberi amaran tentang wujudnya perpecahan antara umat Islam dan menjelaskan: Cenderahati terpenting haji tahun ini adalah misi persatuan dan menutup fitnah hasutan dalam negara-negara Islam.

Laporan IQNA, memetik al-Mayadin (المیادین); Yusuf bin Muhammad bin Saeed (یوسف بن محمد بن سعید), Khatib majlis Hari Arafah dan ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menegaskan dalam khutbah hari Arafah, yang disampaikan di Masjid al-Nimr (مسجد النمر) bahawa: Syariat Islam melarang mengejar isu-isu yang mendorong perselisihan dalam saf (barisan) umat Islam dan mengajak umat Islam supaya bertakwa kepada Allah - Tuhan Yang Maha Esa, mentaatiNya, berpegang kepada hukum-Nya dan menjaga batas-batas Syariah-Nya. 

Intipati kata-kata Khatib Arafah pada upacara haji 1444HQ - 2023M adalah supaya umat Islam menyokong dan berlandas kepada keamanan, menggalakkan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan membungkam (menutup) hasutan fitnah dalam dunia Islam.

Beliau dengan menyatakan sunnah Rasulullah (SAW) dalam cara memperbaharui dan perbaikan akhlak individu, beliau menyebut pembangunan kewujudan sosial dengan mazhab-mazhab Islam sebagai misi haji yang paling penting di dunia hari ini. 

Khatib Arafah; Bin Saeed dalam khutbahnya pada hari Arafah dari masjid "Nimr", memetik ayat-ayat dari Al-Quran dan hadis-hadis kenabian yang menekankan untuk membantu fakir dan miskin dan berpegang teguh pada tali ilahi (Pemersatu umat Islam Allah). 

Khutbah ini telah diterjemahkan secara serentak ke dalam 30 bahasa di laman web Menara al-Haramain.

زائران بيت الله الحرام در روز عرفه در مسجد نمرة

4150867

captcha