IQNA

Apa itu Al-Quran? / 14

Ucapan yang berat dalam kitab mulia

18:01 - July 16, 2023
Berita ID: 3102869
TEHRAN (IQNA) - Pada zaman sekarang dan abad-abad yang lalu, berbilion-bilion kalimat telah diterbitkan dalam bentuk ucapan daripada penceramah, tetapi teks Al-Quran mempunyai ciri-ciri yang telah disifatkan sebagai ucapan yang berat oleh Al-Quran sendiri dalam huraiannya. Huraian ini penting di samping fakta bahawa Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun sahaja.

Dalam ayat pembukaan Surah (المزمل) Al-Muzamil saw)Al-Quran, diterangkan ucapan yang berat, Allah menyatakannya dalam ayat ke 5: 

إِنَّا سَنُلْقي‏ عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقيلا 
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran) yang berat". (Qs, Al-Muzzammil 73:5).

Allamah Tabatabai dalam Tafsir al-Mizan menjelaskan beratnya Al-Quran dalam beberapa cara:
1. Berat rohani: 
Al-Quran adalah perkataan yang berat yang mengandungi ilmu yang tidak semua orang mampu memahami kandungan kitab ini. Hanya yang mampu memahami Al-Quran ialah mereka yang bukan sahaja tidak melakukan dosa, bahkan juga tidak memikirkan dosa. Menurut ayat-ayat Al-Quran, para imam suci Ahlulbayt Nabi Besar Muhammad (SAW) telah disucikan dari setiap dosa: 

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكم تَطْهِيرًا
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dan dosa dari kamu Ahlulbayt dan mensucikan kamu seutuhnya”. (Qs, Al-Ahzab: 33).

Kadangkala rasa berat ini kelihatan pada wajah dan gerak badan Nabi (SAW) dan para sahabat menyaksikan berat ini. Imam Ali (as) berkata dalam hal ini: 

"Apabila Surah Al-Maidah diturunkan kepada  baginda Nabi (SAW), Nabi sedang menunggang unta. Wahyu itu memberatkan Nabi, sehingga binatang itu berhenti dan perutnya jatuh pada masa itu, saya melihat pusar haiwan itu hampir mencecah tanah".

2. Berat melaksanakan aqidah dan akhlak Al-Quran: 
Allamah Tabatabai menukilkan ayat ini ke ayat lain untuk menyebut beratnya aspek Al-Quran ini. Allah berfirman dalam ayat 21 Surah Al-Hasyr: 

 لَوْ أَنْزَلْنا هذَا الْقُرْآنَ عَلى‏ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خاشِعاً مُتَصَدِّعاً مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَ تِلْكَ الْأَمْثالُ نَضْرِبُها لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُون
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya". (Qs, Al-Hasy-r 59:21).

Dalam ayat ini disebutkan satu kebenaran, iaitu Al-Quran untuk menjadi pemberi petunjuk tidak memiliki sebarang kekurangan dan hakikat ada sebahagian manusia tidak mendapat petunjuk itu adalah disebabkan kelemahan mereka sendiri.

3. Berat beban melaksanakan Al-Quran dalam masyarakat dan mengajak manusia untuk mengikutinya:
Beban ini adalah kerana Nabi telah dianiaya oleh orang-orang musyrik dan kafir contohnya: Nabi, bersama-sama orang-orang mukmin mengalami banyak kesusahan di Syiib Abi Talib (شعب ابی طالب) selama 3 tahun. Pada masa ini, harta Hazrat Khadijah (as) yang merupakan penyokong kewangan Nabi, telah habis, Nabi dan seluruh orang muslim tidak mempunyai hak untuk berdagang dan berjual beli dengan sesiapa pun.

Mereka meletakkan duri di jalan Nabi dan menumpahkan perut unta di atas kepala baginda, sehinggakan beliau (SAW) bersabda: "Tidak ada nabi yang diganggu seperti saya".

captcha