IQNA

Teaser Anugerah Global Arbaeen Ke-11 Telah Diterbitkan

15:37 - August 13, 2025
Berita ID: 3106867
IQNA - Teaser bagi Anugerah Global Arbaeen kali ke-11 serta seruan penyertaan untuk menghantar karya seni dan sastera bertemakan Arbaeen telah diterbitkan oleh Organisasi Kebudayaan dan Perhubungan Islam.

Menurut laporan IQNA yang memetik Pusat Antarabangsa Dakwah di bawah Organisasi Kebudayaan dan Perhubungan Islam, Anugerah Global Arbaeen edisi ke-11 ini akan dianjurkan dalam kategori fotografi, filem, catatan perjalanan dan coretan hati, aktivis media sosial, puisi, buku dan alunan nasyid Arbaeen.

Laporan IQNA; Para peminat dan penggiat seni boleh menghantar karya mereka sehingga 15 Disember melalui saluran rasmi Anugerah Global Arbaeen di media sosial atau melalui portal rasmi anugerah tersebut.

Sepanjang 10 tahun penganjuran Anugerah Global Arbaeen, Organisasi Kebudayaan dan Perhubungan Islam telah memanfaatkan sepenuhnya semua kapasiti aktif dalam bidang Arbaeen dengan kerjasama institusi masyarakat seperti acara Ebrat, Mehr Moharram dan acara-acara lain yang berkaitan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan hasil karya daripada 10 edisi terdahulu Anugerah Global Arbaeen boleh mengaksesnya melalui portal rasmi Organisasi Kebudayaan dan Perhubungan Islam (Intel Arbaeen) secara dalam talian atau hadir sendiri ke bangunan organisasi tersebut di Jalan Valiasr (a.s), bersebelahan Jalan Fatemi.

Anugerah Global Arbaeen kali ke-10 yang diadakan tahun lalu melibatkan tujuh kategori dengan sebanyak 31,824 penyertaan daripada 38 negara. Penyertaan tersebut merangkumi 24,464 karya fotografi, 359 karya filem, 2,500 penyertaan daripada aktivis media sosial, 2,100 catatan perjalanan dan coretan hati, 246 karya puisi, 87 buku, serta 2,060 karya alunan nasyid Arbaeen.

Teaser bagi seruan penyertaan acara global ini boleh ditonton melalui pautan berikut;

3494238


 
tanda nama: Arbain Husaini anugerah
captcha