Laporan IQNA, memetik al-Thawrah Net ; Akademi Tinggi al-Quran dan Ulum al-Quran, cawangan wanita di Sana’a «صنعا», semalam Isnin, 11 Ogos, melancarkan aktiviti sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW di bawah slogan ayat suci:
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka, dan bagi mereka semua kebaikan, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan". (Qs, al-Tawbah: 88).
Dalam majlis perasmian, Hanan al-Ezi «حنان العزی»; Timbalan Ketua Akademi al-Quran dan Ulum al-Quran cawangan wanita, mengimbas kembali pesanan Sayyid Abdul Malik Badr al-Din al-Houthi «سیدعبدالملک بدرالدین الحوثی، رهبر جنبش انصارالله یمن», pemimpin gerakan Ansarullah Yaman, berkaitan penganjuran acara sambutan Maulid Nabi SAW dengan cara yang layak dengan kedudukan Baginda SAW di hati umat Islam, khususnya rakyat Yaman.
Batul al-Qadhi «بتول القاضی » dan Ikhlas ‘Ubud « اخلاص عبود», graduan akademi tersebut, dalam ucapan mereka menegaskan kepentingan sambutan ini sebagai peristiwa penting dalam sejarah Islam. Mereka menekankan bahawa program-program ini mengukuhkan nilai-nilai mulia Nabi Muhammad SAW.
Mereka juga menyatakan bahawa sambutan Maulid Nabi SAW adalah lambang komitmen yang tulus terhadap risalah Nabi Muhammad SAW, serta menegaskan bahawa pendirian Yaman terhadap isu Palestin adalah teguh dan berprinsip, manakala sokongan umat Islam Yaman kepada rakyat Gaza adalah kewajipan agama, moral dan kemanusiaan.
Al-Qadhi dan ‘Ubud menjelaskan bahawa rakyat Yaman, baik pada masa lalu mahupun kini, sentiasa berada di barisan hadapan dalam membela Nabi SAW dan Ahlul Bait Baginda A.S, serta menjadikan sirah mulia Baginda sebagai sumber inspirasi bagi makna terbesar keteguhan dan istiqamah.
Majlis pembukaan yang dihadiri oleh tenaga pengajar dan para pelajar Akademi Tinggi al-Quran dan Ulum al-Quran Yaman ini turut diserikan dengan nasyid dan pembacaan syair yang mengungkap makna sambutan ini dan nilai-nilai agama yang dikandungnya.
4299500