Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat pejabat Pemimpin Tertinggi revolusi Islam; teks mesej Ayatullah Khamenei, adalah seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحیم
Keberanian mencabar kesucian Al-Quran di Sweden adalah kejadian pahit, konspirasi yang berbahaya. Hukuman yang paling berat bagi pelaku jenayah ini adalah apa yang disepakati oleh semua ulama Islam, kerajaan Sweden juga harus tahu bahawa dengan menyokong penjenayah itu, ia telah mengambil sikap perang terhadap dunia Islam dan menarik kebencian dan permusuhan negara-negara Islam dan umumnya umat Islam serta pemimpin negara-negara mereka.
Tugas kerajaan itu ialah menyerahkan pelaku jenayah itu kepada sistem kehakiman negara - negara Islam. Para konspirator di belakang tabir juga harus tahu bahawa kesucian dan kehormatan Al-Quran akan meningkat dari hari ke hari dan cahaya petunjuknya akan menjadi lebih terang, dan Allah, Maha Perkasa atas perkaraNya.
Syed Ali Khamenei
22 Julai 2023
4157072