Nabi Muhammad (SAW) adalah anak kepada Abdullah, anak kepada Abdul Mutalib, anak kepada Hashim, dan ibunya ialah Aminah, anak perempuan Wahab. Menurut apa yang dinyatakan dalam kitab sejarah dan agama, Nabi Ismail (as), Nabi Ibrahim (as), Nabi Nuh (as), Nabi Idris (as) dan Nabi Adam (as) adalah moyang Baginda (SAW). semua moyang Nabi Muhammad (SAW) adalah penyembah Tuhan Yang Esa.
Nabi Muhammad (SAW) dilahirkan di Mekah pada tahun 571 Masihi. Dikatakan bahawa peristiwa istimewa berlaku pada tahun kelahiran Nabi Islam (SAW). Sebagai contoh, pada tahun yang sama, raja Yaman bergerak menuju Mekah dengan tentera bergajah untuk memusnahkan Kaabah, tetapi burung-burung Ababil mengalahkan mereka. Tahun di mana ini berlaku dipanggil "Aam al-Fil" (عام الفیل).
Di samping itu, pada hari kelahiran Nabi Muhammad (SAW), "Taq Kasra"(طاق کسری) bergegar di Iraq, dan api di Kuil Api Fars di Iran telah dipadamkan selepas seribu tahun, dan Tasik Sawah menjadi kering di Iran.
Ketika Baginda Muhammad (SAW) dilahirkan, bapanya, Abdullah, yang sedang dalam perjalanan perniagaan, meninggal dunia. Juga, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia ketika Bagindia berumur empat atau enam tahun. Selepas itu, Baginda Muhammad (SAW) dijaga oleh Abdul Muthalib, datuknya.
Sebelum menjadi nabi, Baginda Muhammad (SAW) mendapat tempat yang istimewa di kalangan manusia kerana akhlak dan tingkah lakunya sehingga digelar “Muhammad Amin” (محمد امین) yang bermaksud boleh dipercayai.
Pada masa mudanya, beliau bersekutu dengan beberapa orang pemuda Makkah untuk membela rakyat yang ditindas.
Pada masa mudanya, Baginda menyertai kumpulan perniagaan. Kumpulan yang diketuai oleh seorang wanita kaya bernama Khadijah (sa). Apabila Khadijah melihat tanggungjawab dan amanah Baginda Muhammad (SAW), beliau memberinya lebih banyak modal dan ketika Nabi Muhammad (SAW) berumur 25 tahun, beliau mengahwininya.
Disebabkan penyebaran penyembahan berhala dan diskriminasi antara orang kaya dan orang miskin dan wujudnya pembulian terhadap orang yang lemah, Nabi Muhammad (SAW) menjauhkan dirinya daripada masyarakat dan kebanyakannya menghabiskan masa bersendirian di pergunungan dan bercakap dengan Tuhannya. Nabi Muhammad (SAW) menjadi nabi dalam keadaan sedemikian dan apabila suara Wahyu berkata kepadanya:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ٢ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٣ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ٥
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Qs, Al-'Alaq 96:1-5).
Misi Nabi Islam Muhammad (SAW) untuk mengajak manusia menyembah Tuhan bermula sebagai nabi ilahi yang terakhir, dan Tuhan menyediakan nabi-Nya untuk masa depan seperti ini:
إِنَّا سَنُلْقِى عَلَيْكَ قَوْلًۭا ثَقِيلًا ٥
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat". (Qs, Al-Muzzammil 73:5).