IQNA

Kempen membaca Al-Quran Fath

14:38 - July 13, 2025
Berita ID: 3106704
IQNA - Bacaan Surah al-Nasr oleh Ahmad ‘Ukasyah «احمد عکاشه»; Seorang qari dan hafiz al-Quran cemerlang dari Pakistan, telah menyertai Kempen Al-Quran Fath anjuran IQNA dengan mempersembahkan bacaan Surah al-Nasr yang penuh khusyuk.

Laporan IQNA; Penyertaan Ahmad ‘Ukasyah dalam kempen ini hadir selari dengan objektif utama pelancarannya yang diadakan sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis ke atas Republik Islam Iran. Dalam situasi di mana musuh-musuh Revolusi Islam berusaha menyebarkan keputusasaan dan melemahkan semangat rakyat Iran yang mulia melalui pelbagai konspirasi, kempen ini digerakkan oleh Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA).

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperkukuhkan semangat para pejuang Tentera Islam, menyebarkan harapan dan ketenangan dalam masyarakat, serta memperluas mesej ilahi al-Quran dalam ruang lingkup kebangsaan dan antarabangsa.

Para qari veteran, anak muda dan aktivis al-Quran dari Iran serta pelbagai negara lain dijemput untuk turut serta dalam kempen ini dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat awal Surah al-Fath, ayat ke-139 Surah Ali ‘Imran, Surah al-Nasr, dan sebagainya. Rakaman video bacaan boleh dihantar ke alamat fathadmin melalui aplikasi pemesejan sosial seperti Eitaa, Baleh «(ایتا و بله)» dan lain-lain.

 


بسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴿۱﴾

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿۲﴾

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿۳﴾

4294008

captcha