IQNA

Pelaksanaan rancangan mengajar bacaan Al-Quran yang betul di Samara + Gambar

16:37 - September 24, 2023
Berita ID: 3103211
SAMARA IRAQ (IQNA) - Sempena ulang tahun kesyahidan Imam Hasan Askari (as), Utabah Muqadas Askari «عتبه مقدس عسکری» dan Utabah Muqadas Abbasi «عتبه مقدس عباسی» sedang melaksanakan projek mengajar bacaan Al-Quran yang betul untuk jemaah ziarah upacara memperingati kesyahidan Imam Hasan Askari (as).

Laporan IQNA, memetik rangkaian Al-Kafil «الکفیل»; Utabah Muqadas Askari bersama Utabah Muqadas Abbasi (as) melancarkan projek untuk mengajar bacaan Al-Quran yang betul kepada jemaah ziarah yang berkabung atas ulang tahun kesyahidan Imam Hasan Askari (as) di Samara.

Syeikh Jawad Al-Nasrawi «شیخ جواد النصراوی», pengarah Institut Al-Quran Kompleks Saintifik Al-Quran Hazrat Abul Fadhil-Abbas (as) berkata dalam ucapan mengenai isu ini: Institut Al-Quran Imamain Askariyain «امامین عسکریین» telah ditubuhkn dengan kerjasama Darul-Qur'an Al-Karim di wilayah makam suci Askari, pada ulang tahun kesyahidan Imam Hasan Askari (as) dan melancarkan projek untuk mengajar jemaah cara membaca Al-Quran dengan betul.

Beliau menambah: Jumlah balai yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah ziarah adalah lebih daripada empat stesen pendidikan yang terletak di kawasan makam Imam Hasan Askari (as) dan sekitarnya dengan tujuan untuk mengajar bacaan surah Al-Quran yang betul; Al-Fatihah dan beberapa surah pendek lain dari Al-Quran.

Syeikh Jawad Al-Nasrawi menyatakan bahawa projek ini diadakan untuk tahun kelima dengan kerjasama dua makam suci ini dan 19 profesor pakar hadir di dalamnya, sempena ulang tahun kesyahidan Imam Hasan Askari (as).

Imam Hasan Askari (as) telah syahid di Samara pada 8 Rabiul Awal tahun 260 H, pada usia 28 tahun, dan dimakamkan di sebelah makam ayah tercintanya Imam Ali Al-Hadi (as). Tempat pemakaman kedua-dua Imam yang mulia ini dikenali sebagai makam suci Askariyain «امامین عسکریین» - Haram Imamain Askariyain.

اجرای طرح آموزش صحیح‌خوانی قرآن کریم برای زائران امام سامراء + عکس

4170766

captcha