Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Hamid Syahriari «حجتالاسلام والمسلمین حمید شهریاری» Setiausaha Agung Perhimpunan Pendekatan mazhab-mazhab Islam Sedunia, pagi tadi, Rabu, 27 September, pada sidang media Perpaduan Islam Antarabangsa ke-37 yang diadakan di Universiti Agama Islam, mengucapkan tahniah kepada ketibaan kedua-dua peristiwa besar umat Islam iaitu sebagai sempena memperingati "Minggu Pertahanan Suci «الدفاع المقدس» "Addifaul-Muqaddas" dan Minggu Perpaduan Islam «الأسبوع الوحدة الإسلامیة», beliau berkata: Persidangan Perpaduan Islam ke-37 telah mula berusaha untuk mengakses nilai-nilai bersama.
Nilai-nilai bersama ini ditawarkan oleh Al-Quran dan Al-Quran adalah wahyu yang turun yang telah sampai kepada kita dan boleh membimbing kita dengan baik dan menstabilkan dunia sehingga kemunculan Imam Al-Mahdi (as); satu-satunya penyelamat manusia, dan kami berharap kita dapat menghargai wahyu Ilahi ini dan menggunakannya dalam hidup kita bersama.
Beliau menambah: "Kerjasama Islam untuk mencapai nilai-nilai bersama" adalah tajuk Persidangan Perpaduan Islam ke-37 tahun ini. Persahabatan dan kasih sayang dengan orang Islam, hidup berdampingan secara aman dengan penganut agama lain, dan penentangan terhadap kezaliman dan kesombongan adalah antara nilai bersama kita yang ditekankan oleh Al-Quran.
Setiausaha Agung Perhimpunan Pendekatan mazhab-mazhab Islam Sedunia, menyambung: Kami berterima kasih kepada kerajaan ke-13 Republik Islam Iran, kerana menyediakan platform untuk kerjasama yang lebih erat antara negara-negara rantau dan jiran, dan kerjasama ini menjamin keselamatan rantau ini.
Setiausaha Agung Perhimpunan Pendekatan mazhab-mazhab Islam Sedunia, mengumumkan bahawa Persidangan Perpaduan ke-37 akan diadakan secara hadir bersemuka dari 1 hingga 3 Oktober dan sebagai webinar dari esok hingga 3 Oktober.
Setiausaha Agung Perhimpunan Pendekatan mazhab-mazhab Islam Sedunia, berkata: Pembukaan persidangan itu akan diadakan pada hari Ahad, 1 Oktober, dengan kehadiran Presiden Republik Islam Iran dan tetamu persidangan akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa negara ini.
Pertemuan dengan Menteri Luar Negeri dan pertemuan dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran pada 1 Oktober, pada masa yang sama dengan ulang tahun kelahiran baginda Nabi - Maulidur-Rasul (SAW) bertepatan dengan tarikh 17 Rabiul-Awal, adalah antara rancangan ini.
Syahriari menyatakan bahawa bahagian webinar persidangan itu akan bermula dari esok, 28 September, Syahriari berkata: sehingga berakhir Selasa, 3 Oktober, webinar ini akan diteruskan, dan secara amnya, 16 webinar akan diadakan dengan ucapan sekurang-kurangnya 16 pembentang ceramah di laman web Perhimpunan akan disiarkan, dan para elit dunia Islam serta tokoh saintifik dan budaya dari pelbagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan akan membentangkan pandangan mereka tentang tema Persidangan Perpaduan tahun ini dalam webinar ini.
Tambah beliau: Antara program yang kita masukkan dalam agenda persidangan kali ini ialah kehadiran tetamu di pusat-pusat sains negara termasuk pusat nuklear supaya hadirin dapat mengenali beberapa kemajuan teknologi negara Republik Islam Iran.
Dalam bahagian lain sidang media ini, Syahriari menunjukkan jumlah jemputan dan menekankan: 110 orang dari 41 negara menghadiri persidangan ini pada tahap tinggi. Selain itu, 110 tetamu domestik adalah antara elit dan cendekiawan negara, termasuk imam dan jemaah Jumaat, pertubuhan kebudayaan, dan wanita terpelajar.