IQNA

Kriminologi (Pengenalan terhadap Dosa) / 2

Apakah yang dimaksud dengan "Dosa"?

15:31 - October 15, 2023
Berita ID: 3103305
ANALISIS DOSA (IQNA) - Dosa bermaksud "Khilaf" «خلاف» - "menyalahi" atau "sebaliknya" yang bermaksud berbuat atau bercakap kebalikan dari kebenaran atau yang diperintah oleh Tuhan, dan dalam Islam, sebarang perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah dianggap sebagai dosa.

Sebahagian ulama membagi dosa dari segi ukuran kepada kecil dan besar, diukur dari nilai kerugian yang diakibatkannya, contohnya menertawakan dengan niat menghina orang lain, bagi sebahagian orang dianggap perkara kecil, tidak ada kerugian material atau nyawa apa dan siapa pun, tetapi falsafah dosa kecil jika kita semak sabda Nabi (SAW) kerana ia menderhaka kepada Allah, ia menjadi dosa besar. Nabi (SAW) bersabda dalam ucapan Beliau (SAW) kepada Abu Dzar:

 لا تَنظُرْ إلى صِغَرِ الخَطِیْئَةِ  وَلَكِنِ انظُرْ إلى مَنْ عَصَیْتَهُ
  “Janganlah kamu melihat kepada kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada siapa kamu telah melanggar - derhaka"!

Dalam Firman Allah SWT;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ

Yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sebahagian kamu mencemuh dan merendah-rendahkan sebahagian yang lain". (Qs, Al-Hujuraat 49:11).

Yang bermakna; kerana Tuhan adalah wujud paling agong, mulia dan besar, maka segala pelanggaran dari titahNya, sekalipun nilai kerugian secara zahir dari pelanggaran itu kecil, tetapi jika sengaja dibuat dengan niat melanggar dan mencabar larangan atau Perintah Tuhan, maka, dosa kecil tidak memiliki makna lagi yang ada hanyalah dosa besar, kerana yang dilanggar adalah wujud yang besar.

*Dipetik dan iqtibas daripada buku berbahasa Farsi bertajuk «گناه‌ شناسی» Gunoh syenosi "Sinology" atau "Kriminologi" (Pengenalan terhadap Dosa); ditulis oleh Muhsin Qaraati «محسن قرائتی».

captcha