Laporan IQNA; Kumpulan pertubuhan Syiah di Malaysia mengisytiharkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin yang tertindas, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh hauzah Al-Redha (as), jemaah Ahlil-Bayt (as), dan Masyarakat Sivil Syiah Jafari Imamiya Malaysia, dinyatakan:
بسم الله الرحمن الرحیم
وَنُرِیدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَی الَّذِینَ اسْتُضْعِفُوا فِی الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثین
"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)". (Qs, Al-Qasas 28:5).
Zionis yang dahagakan darah telah membunuh rakyat Palestin tanpa mengira umur dan jantina, menjarah tanah mereka, dan menyeksa semua orang tanpa belas kasihan.
Di sebalik segala kesukaran, rakyat Palestin tidak gagal mempertahankan diri dan maruah mereka, mereka terus berjuang walaupun dengan seketul batu, dan kini, selepas tujuh dekad, berkat iman mereka yang teguh kepada Tuhan, kesabaran dan perpaduan mereka, mereka sudah hampir mencapai kemuncak kejayaan.
"Badai Al-Aqsa" merupakan titik perubahan dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin yang tertindas dan kemenangan besar dihadapan akan dimenangi oleh barisan pejuang pertahanan.
Pada masa yang sama, operasi ini menunjukkan kejatuhan rejim Zionis, yang disebut sebagai kuasa yang kompleks, dengan sistem perisikan yang kuat dan lengkap, bersenjata.
Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah atas kemenangan jihad pertahanan ini kepada negara Palestin, terutamanya barisan pertahanan - muqawamah dan semua rakyat bebas di dunia, dan kami berharap lebih banyak kejayaan sehingga kemusnahan sepenuhnya tumor kanser Zionis dari tubuh Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman mereka. Kami ingin menarik perhatian anda kepada perkara berikut:
1. Kami menentang keras perjanjian sebelum ini seperti "Deal of the Century" atau "Normalisasi dengan rejim zionis penjajah" yang dipelopori oleh Amerika, yang mengabaikan hak rakyat Palestin.
2. Muqawamah (bertahan menentang) adalah satu-satunya jalan keluar dari isu Palestin tanpa kompromi terhadap jenayah Zionis yang tidak berkesudahan dan tidak terkawal.
3. Nasib Palestin harus diserahkan kepada rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam, Kristian dan juga Yahudi dan bukannya kepada peneroka Zionis yang tidak mempunyai hak sama sekali.
4. Palestin dan Quds mestilah menjadi wadah perpaduan seluruh umat Islam dan golongan yang tertindas dan bebas di seluruh dunia.
5. Keheningan perhimpunan dunia dalam hal ini harus berakhir dan negara-negara yang bebas tidak harus bersekutu dengan pengganas Zionis.
6. Kami ingin menyatakan rasa kesal kami terhadap apartheid Zionis dan menghentikan keganasannya serta-merta.
7. Isu Palestin adalah isu penting yang berkaitan dengan pembaharuan global, isu penantian dan kemunculan Imam Zaman (afs).
8. Mendesak dunia supaya memberi perhatian kepada isu Palestin.
9. Sokongan Amerika Syarikat terhadap jenayah Zionis yang tidak terkawal, khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak, yang telah berlarutan sejak sekian lama, mesti dikecam dan diberhentikan.