TEHRAN (IQNA) - Hazrat Khadijah (as) membuat pilihan yang sepenuhnya atas kesadaran intelektual dan kerohanian apabila ditunjukkan bahawa semua lelaki dari suku itu ingin meminangnya, tetapi beliau (as) tidak terperangkap dalam emosi dan beliau (as) pantas membuat keputusan yang bijak. Khadijah (as) membela Nabi (SAW) secara menyeluruh; Lebih-lebih lagi semasa sepuluh tahun Makkah dalam tempoh yang sukar bagi Nabi (SAW) dan umat Islam, beliau (as) dengan gigih dan garang mempertahankan dan membela.

Pelancong yang telah memasuki Makkah telah menyebut dalam laporan sejarah mereka bahawa «دارالسیدة النبی» Dar al-Syedat al-Nabi (rumah isteri Nabi) berada di kota ini. Pada tahun 1344H, gelombang Wahhabisme yang ganas, tidak rasional dan jahil, yang menyerang sejarah dan nilai sejarah kemanusiaan yang mulia, memusnahkan rumah ini.
Dinyatakan dalam riwayat bahawa kebanyakan lelaki dari kaum dan sukunya adalah meminang Hazrat Khadijah (as), tetapi beliau (as) bersetuju dengan pilihannya hanya kepada baginda Nabi (SAW) dan dengan segala pengorbanan, 15 tahun sebelum biktsat «بعثة النبی»; Pengangkatan kenabian bagi baginda Nabi Muhammad (SAW) dan 10 tahun dalam tempoh dakwah Islam hingga wafatnya (as); zaman kenabian sebagai tempoh kesusahan, penyeksaan, kesulitan dan penuh fitnah hidup bersama mereka (as).
Hazrat Khadijah (as) mengorbankan seluruh hidupnya untuk Islam dan orang Islam berhutang Islam mereka kepada wanita agung dan mulia ini.
Kita masih ketinggalan dalam memberi penghormatan kepada beliau (as), dan kita harus berbuat lebih banyak untuk menyebarkan dan mempromosikan kehidupan berumahtangga Hazrat Khadijah (as) bersama baginda Nabi Muhammad (SAW) yang penuh dengan kisah indah pengorbanan, ketulusan, cinta, kasih-sayang, iman, kesabaran, kebebasan memilih ke arah penghambaan hanya kepada Allah Yang maha Esa, kesetiaan, kesucian dan seluruh nilai moral dan etika murni ada di lumbung rumahtangga pertama Islam suci ini, yang tidak dijumpai dari para Isteri Nabi (SAW) yang lain.
Tetapi malangnya, kedudukan tinggi Hazrat Khadijah (as) di sisi Allah dan RasulNya dalam kisah-kisah buatan para tukang sabotaj penulisan sejarah justeru kita dipaksa menyaksikan kehadiran orang lain atau isteri Nabi (SAW) yang hanya hidup pada akhir-akhir tempoh kehidupan Nabi (SAW) dan perjuangan Islam sudah berada pada hampir-hampir tahap kuasa penuh sejahtera.
Kita mesti memberi penghormatan yang sebenar kepada Ummul mukmini pertama Islam, Hazrat Khadijah (as) untuk di setiap bandar, institut, masjid dan pusat dinamakan sempena nama Khadijah (as) mesti ditubuhkan.
Khadijah adalah satu-satunya isteri yang tinggal bersama Hazrat Nabi (SAW) selama bertahun-tahun; Beliau (as) adalah wanita pertama yang beriman kepada Nabi (SAW) dan tidak pernah mengikuti kepercayaan jahiliah dan beliau (as) meyakini cahaya seorang Nabi Allah SWT, yang dinanti-nanti oleh masyarakat tauhid zaman itu, disaksikannya dalam diri baginda Muhammad (SAW), lalu dengan kebebasan dan kesadaran memilih sebagai suaminya yang tentu juga disadarinya bahwa ujian berat akan segera dipikulnya (as).
Khadijah (as) adalah orang pertama yang melakukan solat bersama Nabi (SAW) dan beriman kepadanya; Oleh sebab itu, apabila Nabi (SAW) memasuki Mekah, baginda menetap di sebelah kuburnya dan tidak seorang pun daripada isteri-isteri baginda (SAW) pernah menggantikan Hazrat Khadijah (as).
Dengan segala penghormatan yang kami berikan kepada isteri-isteri lain Nabi (SAW), Al-Quran telah memanggil mereka ibu-ibu orang-orang yang beriman «امهات المؤمنین», tetapi tidak seorang pun daripada mereka selain Hazrat Khadijah (as) mencapai status isteri tunggal Baginda Rasulillah (SAW), Nabi (SAW) tidak pernah beristeri lain pada masa beristerikan Hazrat Khadijah (as) - (Jika betul mengikuti Sunnah Nabi (SAW), yang aula - utama perlu diberi perhatian yang saksama, kecuali ada prospek dakwah Islamiah dan dharurah - menyelesaikan masalah yang benar diberi alternatif oleh syariah dan melalui prosedur sah, kemanusiaan rasional dan toleransi).
Sekarang di zaman kita, pertikaian keluarga dan perceraian telah meningkat; Kerana kita tidak mempunyai kriteria yang betul untuk perkahwinan yang baik, saya tidak mengatakan bahawa ia tidak punya keindahan, tetapi kriterianya mesti betul.
Al-Quran mengatakan bahawa anda harus menjadikan ukuran pemilihan adalah kebaikan dan yang menarik dari segi pandangan Tuhan; ketaqwaan adalah ukuran yang mengatasi segalanya; cepat dalam amal kebaikan, memohon keampunan Allah, toleransi, tolong-menolong dll; Khadijah (as) demikian telah sergap dan siaga sebagai pendahulu kepada baginda Nabi (SAW) dalam keimanan.
Kebersihan dan kesucian adalah ciri-ciri lain wanita ini; Hazrat Khadijah (as); Kerana beliau tidak pernah terperangkap dengan budaya jahiliah dan kemaksiatan dan kepalsuan zaman kekosongan utusan Allah SWT. Beliau (as) tidak terpengaruh dengan ekonomi yang berorientasikan riba, rasuah dan penipuan serta penindasan; beliau (as) terpisah daripada adat-istiadat jahiliah masyarakat zaman itu.
*Petikan dan iqtibas daripada kata-kata hujatul Islam Wal-Muslimin Nasser Rafiei «ناصر رفیعی», Profesor Jamiah al-Mustafa (SAW) dalam sesi Tafsir.