IQNA

Perkembangan akhir Palestin; Nasir Abu Syarif menekankan:

Keperluan menggerakkan kuasa dunia Islam untuk pertempuran terakhir menentang rejim Zionis

10:48 - October 18, 2023
Berita ID: 3103322
BADAI AL-AQSA (IQNA) - Wakil gerakan Jihad Islam Palestin di Iran, merujuk kepada operasi Badai Al-Aqsa dan jenayah Israel di Gaza, menegaskan: Kita kini menyaksikan pertempuran yang sangat besar - dahsyat dan menyeluruh yang memerlukan sokongan menyeluruh umat Islam sedunia. Sebagaimana orang kafir bersatu, umat Islam mesti bersatu untuk hak mereka, kita mesti mengerahkan seluruh kekuatan kita.

Laporan IQNA; Pertemuan bertajuk: "Dari Badai Al-Aqsa ke Fajar kebebasan" itu dianjurkan oleh Naib Kaunselor Kebudayaan Akademik Jihad, dengan kerjasama Persatuan Pertahanan Bangsa Palestin dan Pertubuhan Al-Quran ahli akademik negara, dengan tujuan untuk mengkaji semula dimensi budaya dan politik Badai Al-Aqsa dan ketenteraan, keselamatan dan pencapaian lain Pertahanan Islam Palestin.

Dalam perhimpunan ini telah diadakan di hadapan presiden, timbalan menteri dan sekumpulan ahli Akademik Jihad pada pagi semalam, 17 Oktober; Hasan Muslimi Nayini «حسن مسلمی نایینی», ketua Akademik Jihad; Nasir Abu Syarif «ناصر ابوشریف», wakil gerakan Jihad Islam Palestin di Tehran; Husain Royuran «حسین رویوران», timbalan politik Jawatankuasa Pertahanan Nasional Palestin dan Khalid Qudumi «خالد قدومی», wakil Gerakan Pertahanan Islam Palestin (Hamas) memberi ucapan di Tehran.

Dalam kata-kata, Nasir Abu Syarif: Operasi Badai Al-Aqsa menunjukkan kelemahan Israel dan membuktikan bahawa kuasa rejim ini tidak wujud, tetapi bergantung kepada sokongan negara Barat.

Abu Syarif menambah: Israel telah membina kubu yang kukuh dengan kos satu bilion dolar di Semenanjung Gaza. Kubu ini termasuk kamera 24 jam yang sangat canggih, peranti pendengaran yang berkuasa. 

Semua telefon bimbit dan internet berada di bawah liputan elit kuasa paksa rejim Zionis. Drone rejim ini melakukan rondaan 24 jam sehari, dengan semua kemudahan dan peralatan keselamatan ini, operasi Badai Al-Aqsa sedemikian, yang unik dan luar biasa dari segi reka bentuk dan pelaksanaan, telah dijalankan menggunakan masa kecuaian Zionis selama satu jam, yang mereka memandang rendah pasukan pertahanan Palestin; hanya satu jam dan zionis mengalami kekalahan sedemikian.

Beliau menyambung: Kemenangan ini berterusan dengan rahmat Tuhan, tetapi syarat untuk kesinambungannya ialah ketakwaan, keimanan dan ketekunan di jalan kebenaran. 

Di Gaza, kita menyaksikan jenayah besar terhadap kemanusiaan, termasuk balas dendam tidak bertempat rejim zionis secara besar-besaran pada kumpulan rakyat kanak-kanak dan wanita Palestin; membunuh kanak-kanak dan wanita, pembunuhan beramai-ramai, mengebom hospital, memotong bekalan air, elektrik dan bantuan makanan.

Perlunya kesatuan dunia Islam untuk pertempuran terakhir
Beliau menegaskan bahawa kita kini sedang menyaksikan pertempuran yang sangat besar dan menyeluruh yang memerlukan sokongan menyeluruh umat Islam sedunia. Sebagaimana orang kafir bersatu, umat Islam harus bersatu untuk hak mereka. Kita mesti mengerahkan seluruh kekuatan kita.

Dalam kesinambungan majlis ini, Hasan Muslimi Naini, presiden Akademik Jihad, merujuk kepada hadis Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya sendirian dizalimi", dan berkata : Kami juga tidak akan membiarkan rakyat Palestin sendirian. Sekiranya laluan itu terbuka, kumpulan orang akan pergi ke wilayah yang diduduki untuk mempertahankan Palestin.

Kenyataan akhir majlis adalah seperti berikut:

Kami, Jemaah Akademik Jihad, sebagai menyahut seruan penduduk Islam Gaza yang tertindas, sambil mengumumkan sokongan penuh kami terhadap pertahanan Palestin dan juga mengutuk tindakan rejim Zionis, mengisytiharkan:

1. Sebarang tujuan merubah geopolitik semula ada di rantau ini adalah dikutuk.

2. Mendesak keluar rakyat Palestin dari tanah air mereka di bawah sebarang gelaran adalah projek yang gagal.

3. Jenayah yang disebabkan oleh pencerobohan dan rampasan rejim Zionis selama tujuh dekad harus ditangani di mahkamah antarabangsa dan penjenayah harus dibawa ke mahkamah untuk dihukum.

4. Penggunaan meluas senjata terlarang dalam peperangan harus dikutuk sekeras-kerasnya; pelaku dan penyokong harus bertanggungjawab atas tindakan mereka yang memalukan ini.

5. Menyokong pertahanan Palestin - muqawamah Islam akan diteruskan dengan kekuatan sehingga pembebasan sepenuhnya Palestin dan Al Quds Syarif.

4175853

captcha