Laporan IQNA; Pertemuan yang bertajuk; "Dari Badai Al-Aqsa ke Fajar kebebasan" itu dianjurkan oleh Naib Kaunselor Kebudayaan Akademik Jihad, dengan kerjasama Persatuan Pertahanan Bangsa Palestin dan Pertubuhan Al-Quran ahli akademik negara Republik Islam Iran, dengan tujuan untuk mengkaji semula dimensi budaya dan politik operasi Badai Al-Aqsa dalam ketenteraan, keselamatan dan pencapaian lain.
Pertahanan Islam Palestin dalam Pertemuan ini yang telah diadakan di hadapan presiden, timbalan menteri dan sekumpulan ahli Jihad akademik pagi semalam, 17 Oktober, dan pernyataan terakhirnya dibacakan;
Dalam perhimpunan ini, Hasan Muslimi Nayini, ketua jihad Akademik Jihad; Nasir Abu Syarif, wakil gerakan Jihad Islam Palestin di Tehran; Husain Royuran, timbalan politik Jawatankuasa Pertahanan Nasional Palestin dan Khalid Qudumi, wakil Gerakan Pertahanan Islam Palestin (Hamas) memberi ucapan di Tehran.
Khalid Qudumi, wakil gerakan Hamas di Tehran, memulakan ucapannya dengan memuji Tuhan dan berterima kasih kepada agensi berita IQNA kerana mengadakan program ini dan berkata: Hari ini, sifat musuh rakyat Palestinia iaitu, rejim Zionis yang membunuh kanak-kanak, serta penentangan pahlawan rakyat Gaza pada tahun ini memandangkan jenayah rejim ini, saya ingin bercakap tentang dua perkara untuk menjelaskan lebih lanjut; Yang pertama adalah mengenai perang media dan yang kedua ialah operasi ketenteraan, yang kita lalui hari ke-11 hari ini (semalm).
Qudumi menegaskan: Hari ini kita menyaksikan juga perang naratif dan perang media. Media dan diplomasi adalah barisan pertahanan kedua bagi rakyat Palestin.
Wakil Hamas di Iran juga bercakap tentang situasi medan perang dan menekankan: Selepas Badai ini, kita akan menyaksikan musim bunga kebebasan tanah Palestin.
Menurutnya, hari ini musuh terus membedil Gaza dan menyasarkan wanita dan kanak-kanak di dalam rumah, bersamaan dengan itu rejim Zionis mendakwa 200 sasaran telah diserang dan lebih ramai tentera telah dihantar ke sempadan dengan Semenanjung Gaza.
Pada masa yang sama, Abu Ubaidah «ابوعبیده», jurucakap tentera Hamas, menyatakan malam tadi, ia mempunyai kira-kira 200 hingga 250 tawanan tentera dan peneroka Zionis, dan 291 tentera rejim ini turut terkorban dalam operasi Badai Al-Aqsa.
Khalid Qudumi, wakil pergerakan Hamas, berkata pada penghujungnya: Kita jangan biarkan diri kita bersedih, kemenangan kita akan dicapai melalui penyelidikan dan kepastian - keyakinan.
4175872