Laporan IQNA; Kem Rakyat Bintang Bumi melancarkan kempen Al-Quran serentak dengan serangan biadab dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis untuk membantu rakyat Palestin.
Dalam teks kempen ini, dinyatakan: "Semua orang mengakui bahawa walaupun gembira dengan kemenangan luar biasa barisan Pertahanan Palestin di Gaza, yang menimbulkan kerosakan dahsyat ke atas rejim Zionis, kita kini menyaksikan hari-hari yang sukar dan berat untuk saudara semuslim kita, khususnya wanita, kanak-kanak dan warga emas di Palestin, dan hati rakyat merdeka di dunia ini sedih dengan musibah dan penderitaan yang media melaporkan dari tanah suci - Baitulmuqadas ini.
Adalah penting bahawa bersama dengan semua sokongan dan senjata ketenteraan, senjata rohani tidak boleh diabaikan.
Sekarang, menurut ayat-ayat suci Al-Quran dan tradisi Ahlul-Bayt (as) bahawa;
نِعمَ سلاح المؤمن، الصبر و الدعاء
Nikma salaahil mukmin Assabru waddua'
"Sebaik-baik senjata orang beriman adalah kesabaran dan berdoa".
Mesti juga digunakan, untuk memerangi peristiwa dan mengubah keadaan manusia yang tidak menguntungkan di tanah suci Baitulmaqdis; dengan zikir kepada Allah dan senjata doa.
Kami memohon kepada orang-orang yang beriman di dunia agar lebih memperhatikan perintah para pembesar agama - ulama dalam mendoakan kebaikan Rakyat Palestin - penduduk Gaza yang tertindas dan memberi perhatian khusus kepada perkara-perkara berikut;
Bacaan Surah Mubarakah Al-Fiil 7 kali (untuk melumpuhkan kuasa musuh);
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِیمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
أَلَمْ تَرَ کَیْفَ فَعَلَ رَبُّکَ بِأَصْحَابِ الْفِیلِ ﴿۱﴾
"Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)"?
أَلَمْ یَجْعَلْ کَیْدَهُمْ فِی تَضْلِیلٍ ﴿۲﴾
"Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka"?
وَأَرْسَلَ عَلَیْهِمْ طَیْرًا أَبَابِیلَ ﴿۳﴾
"Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan".
تَرْمِیهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّیلٍ ﴿۴﴾
"Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras".
فَجَعَلَهُمْ کَعَصْفٍ مَأْکُولٍ ﴿۵﴾
"Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat".
(Qs, Al-Fiil 105:1 - 5).
***
Bacaan Surah Mubarakah An-Nasr 21 kali (untuk kemenangan pejuang Islam);
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِیمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴿۱﴾
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)".
وَرَأَیْتَ النَّاسَ یَدْخُلُونَ فِی دِینِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿۲﴾
"Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai".
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّکَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ کَانَ تَوَّابًا ﴿۳﴾
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat".
(Qs, An-Nasr 110:1 - 3).
4176067