
Pendidikan «تربیة» tarbiah bermakna peningkatan dalam pemerhatian; Seperti «تزكیة» tazkiah penanaman kecerdasan, pembersihan kotoran penghalang kecerdasan manusia, yang juga bermakna pertumbuhan «نمو و رشد» rusyd wa numu.
Dalam Al-Quran, derivatif - kata jadian «تربیة» "pendidikan" digunakan beberapa kali, termasuk dalam;
1. Surah Al-Hajj;
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن تُرَابٍۢ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍۢ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍۢ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍۢ مُّخَلَّقَةٍۢ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍۢ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّۭى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًۭا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍۢ شَيْـًۭٔا ۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةًۭ فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍۢ ٥
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Qs, Al-Hajj 22:5).
Kata « وَرَبَتْ» merecup tumbuh - sebagai derivatif dari kata «تربیة» tarbiah.
2. Surah Al-Isra;
وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًۭا ٢٤
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Qs, Al-Israa' 17:24).
Sesetengah penyelidik berkata: pendidikan membawa kepada kesempurnaan rohani dan kebahagiaannya yang seringkali tidak dipertimbangkan dalam kebanyakan kesnya, sudah tentu, pendidikan mempunyai konsep umum yang merangkumi semua peringkat pembangunan dan pertumbuhan dalam apa-apa kualiti, baik material mahupun rohani.
Oleh itu, perkataan pendidikan (tarbiah) - mengikut akarnya - bermaksud menyediakan punca peningkatan dan pertumbuhan.
Selain itu, pendidikan juga digunakan dalam pengertian tahzib - penghalusan «تهذیب», yang bermaksud menghapuskan sifat akhlak yang buruk; yang kasar.
Nampaknya dalam penggunaan kata dan makna ini, dianggap bahawa penghalusan akhlak adalah sebab peningkatan status rohani dan martabat, dan dalam pengertian ini, penghalusan - membuang sifat-sifat buruk yang menjadikan perangai menjadi kasar, boleh dianggap sebagai program pendidikan.
*Dipetik dan iqtibas daripada buku berbahasa Farsi bertajuk «راه رشد» "Rah Rusyd" Jalan menuju pembangunan insan, yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.