Dengan nama Tuhan para Syuhada dan Orang-orang Benar
Operasi yang membanggakan "Badai Al-Aqsa", yang merupakan tindakan bebas dan spontan oleh kumpulan pertahanan - muqawamah rakyat Palestin untuk menentang penjajah Zionis dan mempertahankan hak mereka dengan melancarkan serangan balik secara besar-besaran dan bersejarah ke atas segala kiraan rejim Zionis.
Sekali lagi telah membuktikan firman Tuhan.
و إِنَّ اَوهَنَ البُیوتِ لَبیتُ العَنکبوتِ
"Dan sesungguhnya rumah (sarang) yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan". (Qs, Al-'Ankabuut 29:41).
Menjadi kepercayaan yang pasti, dan membuktikan kuasa palsu rejim angkuh penjajah ini, Badai Al-Aqsa telah mengenakan kekalahan yang tidak boleh diperbaiki ke atas rejim penjajah, dan sudah tentu tindakan ini adalah tindak balas yang sah oleh negara yang tertindas dalam mempertahankan hak dan penentangannya terhadap perampas dan penceroboh tanah air dan derita rakyatnya.
Memiliki negara adalah hak paling asas bagi setiap bangsa asli sebuah tanah air; yang diterima oleh semua orang yang berhormat dan bebas, dan dijunjung oleh setiap agama, profesion, intelektual dan aliran kepercayaan pemikiran kemanusiaan.
Sebaliknya, tingkah laku kejam dan mengerikan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, yang selama beberapa dekad merampas kehidupan dan sentiasa mendedahkan rakyat Palestin dalam ketertindasan, pembunuhan, jenayah dan kekejaman dengan dasar apartheid, dan rekod buruk rejim ini, dari awal hingga sekarang, penuh dengan pencabulan hak kemanusiaan dengan kejam.
Penentangan terhadap kelakuan pembunuhan dan penodaan tempat suci ini adalah tindakan pertama rakyat Palestin; pembunuhan, perampasan dan penodaan tempat suci oleh kuasa zionis penjajah, ia menyakitkan hati setiap orang yang bebas.
Apa yang berlaku hari ini di Gaza dan serangan kejam ke atas rumah kediaman, kemudahan awam - infrastruktur, masjid, sekolah, universiti, hospital dan pasukan bantuan serta pemotongan bahan api, air dan elektrik adalah contoh jelas pembunuhan besar-besaran dan jenayah terhadap kemanusiaan zionis.
Organisasi, perhimpunan dan institusi yang bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia dan antarabangsa diharapkan, untuk memenuhi tugas undang-undang dan kemanusiaan mereka.
Dengan meninggalkan tabir kesunyian dan ketiadaan tindakan, demi menegakkan hak negara Palestin dan untuk menghukum penjajahnya.
Organisasi, perhimpunan dan institusi kemanusiaan antarabangsa tidak sepatutnya untuk elakkan diri daripada terlibat menentangi jenayah yang tidak dapat dinafikan mengotorkan nilai kemanusiaan, Ia dianggap memalukan masyarakat manusia, ia harus dibersihkan, dengan memberi reaksi yang tegas dan berkesan, sambil mengutuk jenayah rejim Zionis, hentikan rejim ini daripada meneruskan tindakan biadab yang tidak berperikemanusiaan ini.
Kami, profesor universiti di negara Republik Islam Iran, sambil memberi penghormatan kepada jiwa murni para syuhada Palestin, yang menganggap diri kami sebagai simpatisan mereka, dan menekankan hak mereka yang wujud dan sah untuk mempertahankan diri mereka terhadap kebiadaban dan jenayah kejam rejim Israel.
Kami juga menekankan keperluan untuk keazaman global dan tindakan segera menghentikan jenayah keji zionis penjajah ini, dan kami percaya bahawa keamanan dan kedamaian akan berkekalan di Palestin hanya dapat diwujudkan dengan berakhirnya pendudukan penjajahan ini, kembalinya pelarian warga asli Palestin, penentuan sistem masa depan Palestin berdasarkan referendum dengan penyertaan semua rakyat Palestin, dan akhirnya pembentukan kerajaan bersatu Palestin dengan Qudsu Syarif «قدس الشریف» sebagai ibu negaranya.
Kami juga menjemput para pemikir, pakar dan ahli akademik dunia, khususnya profesor dunia Islam, sambil mengambil pendirian bersama dalam mengutuk jenayah ngeri ini, dan memberi sokongan kepada suara golongan tertindas dalam pelbagai bidang dan tidak melupakan tanggungjawab intelektual mereka dalam membela mereka, dan tidak membenarkan rejim zionis berdiri menjajah dan berlaku kejam ke atas rakyat Palestin yang kita saksikan di depan mata masyarakat dunia.
Satu lagi tugas penting ialah meneruskan hukuman ke atas pengganas dan kerajaan Zionis yang kejam.
Dunia kuasa rampas, harus tahu bahawa penduduk Gaza tidak bersendirian dan Palestin sentiasa, sedang dan akan menjadi sebahagian daripada badan dunia Islam yang percaya dan yakin pada kekuatan mutlaq Tuhan yang Maha esa dan maha perkasa.
وَ العاقِبةُ لِاَهلِ التَّقوی وَ الیَقین
"Pada akhirnya kemenangan akan berpihak kepada orang-orang bertaqwa dan yakin".
*Semua profesor universiti dan pusat pengajian tinggi dunia, dijemput, jika mereka mahu, boleh menghantar nama, nama keluarga dan nama universiti tempat mereka mengajar ke e-mail di bawah sebagai menyokong kempen BADAI AL-AQSA ini, dengan bahasa kebangsaan masing-masing.