IQNA

"Abdur Rahim Dovidar" Qari dan pembaca pujian Ahlul-Bayt Nabi (SAW) meninggal dunia + video

16:52 - October 24, 2023
Berita ID: 3103359
MESIR (IQNA) - Syeikh Abdur Rahim Muhammad Dovidar «شیخ عبدالرحیم محمد دویدار», seorang pelajar dari guru-guru terkenal seperti Muhammad Naqsyabandi «محمد نقشبندی», Mustafa Ismail «مصطفی اسماعیل» dan Taha Al-Fasyni «طه الفشنی», yang digelar pelopor para Qari Al-Quran Mesir dan penyair Mesir kuno, meninggal dunia.

Laporan IQNA; memetik laman berita Sedi al-Balad Mesir «صدی البلد مصر»; "Abdur Rahim Dovidar" seorang ahli muzik Mesir dan veteran Al-Quran terkemuka, telah berpulang ke Rahmatullah, Almarhum  mempunyai sejarah melawat Iran dan membuat persembahan di hadapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam «مدظله العالی» di Iran.

Syeikh Abdur Rahim Muhammad Dovidar dilahirkan pada 17 Mac 1937 di kampung kejiranan Tanta «طنطا » dan kehilangan bapanya pada usia 5 tahun. Beliau dibesarkan di bawah jagaan abangnya, Syeikh Zaki Dovidar «شیخ زکی دویدار».

Abdur Rahim Muhammad Dovidar, pelajar dari guru-guru terkenal seperti Muhammad Naqsyabandi, Mustafa Ismail dan Taha Al-Fasyni, digelar pelopor Qari dan madah (pembaca puji-pijian) Mesir yang terkenal dan terdahulu, dan pernah melaksanakan program Al-Quran dan tilawah di pelbagai negara Islam.

Mubtahil «مبتهل مصری» (pembaca ibtihal -  syair pujian) Mesir yang veteran dan mahir ini menghadiri Majlis Al-Quran pimpinan tertinggi revolusi Islam semasa lawatannya pada tahun 1392 hijri syamsi dan berbual dengan beberapa profesor di negara Republik Islam Iran.

Syeikh Abdur Rahim Muhammad Dovidar, salah seorang qari Mesir  senior dan terkemuka, mengembara ke Iran untuk menghadiri lingkaran Al-Quran di negara ini pada bulan Ramadan yang mulia dan melakukan Ibtahal (pembacaan syair pujian) dalam pertemuan para qari dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam «مدظله العالی» pada malam hari yang suci bulan Ramadan.

«عبدالرحیم دویدار» قاری پیشکسوت و شیخ مبتهلان مصری درگذشت

Sambil melahirkan rasa puas hati dengan pertemuan itu, beliau menyifatkan pengadaan sesi tilawah Al-Quran selama empat jam di hadapan Pemimpin Agung Revolusi Islam «مدظله العالی» sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini di hadapan pemimpin dunia Islam yang lain.

Dalam berikut, anda akan melihat video Syeikh Abdur Rahim Muhammad Dovidar membaca Ibtihal - syair pujian « ابتهال» ke atas baginda Nabi Muhammad (SAW) di Masjid Imam Husain (as) di Kaherah.

*Hadiah bacaan surah Al-Fatihah buat arwah beliau Allahyarham.

4177419

tanda nama: Qari Mesir terkemuka
captcha