IQNA

Pertunjukan 450 karya keagamaan Wilayah Abbasi dalam pameran + gambar

16:27 - December 12, 2023
Berita ID: 3103595
IQNA - Balai wilayah suci Abbasi telah mengambil bahagian dalam pameran ritual Universiti Wasit Iraq «واسط عراق» dengan mempamerkan 450 karya, termasuk buku, terbitan berkala dan majalah keagamaan dalam acara kebudayaan ini.

Laporan IQNA; memetik dari pangkalan maklumat Al-Kafil «الکفیل»; pameran buku ini merupakan salah satu program istimewa wilayah suci Husaini pada acara haul kesyahidan Hazrat Zahra (as), yang bermula dari 8 Disember dengan slogan "Hazrat Fatimah Zahra (as), Insan terbaik di bumi", berterusan sehingga 17 Disember.

Acara ini diadakan dengan kerjasama Hauzah Ilmiah Najaf Ashraf dan dengan penyertaan penyelia wilayah makam Alawi, Kazemi, Askari dan Abbasi.

Syed Muhammad Aarji «سیدمحمد اعرجی», pengarah Pusat Pemikiran dan Inovasi wilayah Abbasi yang hadir dalam acara ini, berkata tentang gerai wilayah ini dalam pameran: wilayah Abbasi dengan koleksi karya terbitannya, termasuk 450 karya yang terdiri daripada ensiklopedia agama, majalah falsafah, dan buku agama telah dipamerkan dalam acara yang diadakan di universiti Wasit.

Beliau menambah: Gerai ini telah menarik penonton yang besar dari kalangan akademik dan seminari dengan mempamerkan penyelidikan bertulis dan kerja penyelidikan serta penerbitan budaya dan ideologi.

Aarji berkata: Di gerai ini, terdapat tiga bahagian hal ehwal intelektual dan kebudayaan; Bahagian pendidikan Islam dan manusia serta warisan agama telah dipamerkan dan tujuan mempamerkan karya ini adalah untuk membiasakan pengunjung dengan manifesto intelektual dan keagamaan makam suci Abbasi.

*Makam suci Abbasi; berkaitan dengan Hazrat Abu Fadhil Abbas bin Imam Ali bin Abi Thalib (as), yang gugur Syahid di Karbala kerana membela Imam zamanya Al-Imam Husain (as) - sila baca kisah tragedi Karbala. 

4187449

 

tanda nama: Pameran buku
captcha