IQNA

Percakapan Al-Quran/59

Balasan amalan baik dan buruk manusia di sisi Tuhan

17:08 - December 25, 2023
Berita ID: 3103655
IQNA - Pahala kebaikan adalah 10 kali ganda dan balasan keburukan adalah sebanding sama dengannya, Allah membalas setiap kebaikan sebanyak 10 kali ganda untuk memotivasikan manusia melabur amalan kebaikan sebanyak mungkin, tidak ada pusat muamalah kewangan di dunia yang menawarkan faedah 1000%.

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿انعام۱۶۰﴾

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)". (Qs, Al-An'aam 6:160). 

Pekerjaan yang baik adalah pekerjaan yang membawa kebahagiaan, keselesaan, pertumbuhan, dan kesempurnaan kepada orang, dan ia dianggap sejenis maruah dan pengampunan kerana seseorang harus menghabiskan hidup dan badannya dan kekayaan material dan rohaninya untuk kepentingan orang lain. 

Dalam ayat ini, Allah telah menggalakkan perbuatan baik, bahawa pertamanya, setiap kebaikan di dunia mendapat pahala dan kembali kepada orang pelaku kebaikan itu sendiri.

Kedua, Allah membalas setiap kebaikan sepuluh kali ganda untuk memotivasikan manusia melabur amalan kebaikan sebanyak mungkin. Tidak ada pusat kewangan atau bank di dunia ini yang menawarkan faedah 1000%. Sudah tentu, seribu peratus ini adalah minimum, sebab Tuhan telah menjanjikan tujuh puluh kali ganda iaitu tujuh puluh ribu peratus- 70,000%, dan kadang-kadang Dia menjanjikan ganjaran yang tidak terkirakan.

Ayat ini menjadi pengajaran dan hikmah agar semua manusia menjadi seperti Tuhannya, iaitu sesiapa yang beramal dengan ikhlas dan berakhlak serta memberi kebajikan dan jasa kepada sesama manusia, nescaya mereka akan menghargainya dan mengucapkan terima kasih dan bersyukur, dan mereka berusaha juga untuk membalas kebaikanya dengan sebaik-baiknya, semua perilaku baik ini akan kembali kepada diri mereka sendiri.

Pada fitrahnya orang yang diberi khidmat baik menganggap  sebagai orang yang berhutang kerana orang yang terlebih dahulu berbuat baik lebih dahulu daripadanya, oleh itu tiada seorang pun anak yang dapat membalas budi ibubapa walaupun dia menawarkan harta dan jasa seribu kali ganda. 

Tetapi jika seseorang melakukan sesuatu yang tidak patut (kejahatan), adalah wajar untuk memaafkannya, kerana Allah dan hamba-hambanya yang ikhlas melakukan perkara yang sama; memberikan kemaafan yang banyak kepada manusia, jika tidakpun, sepatutnya mengikut contoh ayat tersebut; membalas kejahatan dengan cara yang sama dan tidak lebih, tidak seperti kebanyakan orang yang, dengan satu kejahatan, menyimpan dendam terhadap seseorang, mereka mengambil hati, dan jika mereka boleh, mereka membenarkan seratus kejahatan terhadapnya, bahkan mereka akan memusnahkan keturunannya kalau mereka boleh melakukannya, perkara seperti ini tidak sepatutnya berdasarkan timbangan rasional kemanusiaan.

Pahala yang sebenar bagi setiap kebaikan menurut ahli ilmu ialah perbuatan baik yang kejayaannya adalah sebaik-baik ganjaran kerana beramal itu beransur-ansur menjadi sebati - menyatu dalam diri seseorang yang bersamanya ia akan dibawa kepada kedekatan kepada Tuhan.

Kerana Allah telah berfirman bahawa "barangsiapa yang membawa kebaikan bersamanya" (bukan semata-mata mengerjakannya) ertinya ada keikhlasan dan niat mendekatkan diri kepada Allah, Kami akan membalasnya sepuluh kali ganda kerana ramai orang mencampuradukkan kebaikan dengan sifat tamak dan munafik dan adakalanya mereka bangga dan menyombongkan diri, sehingga boleh jadi ia merendahkan orang yang diberinya bantuan, amal yang sebegini tidak dinilai sebagai amal soleh kerana, tidak memiliki sifat sedekah yang murni yang diperintahkan oleh Allah SWT; memiliki hati yang bersih penuh kebaikan pada hari mereka membawa hati mereka kepada Allah (tidak memandang hina atau memburukkan orang yang diberi bantuan).

Kebaikan adalah mahkota kehormatan yang menjadikan seseorang hamba Tuhan yang jarang dijumpai; Seperti Syahid Haji Qasim Suleimani di era ini (Pahlawan muqawamah Islam kontemporari); Sepuluh kali yang difirmankan Tuhan itu sebenarnya bagaikan sepuluh orang anak yang dilahirkan oleh pengantin perempuan yang baik, semuanya berbudi, dan dari setiap satu, lahir seribu rahmat lain, dan kelahiran diulangi dengan peningkatan, dan prestasi ini sehingga tidak terkirakan (perumpamaan dan faktanya).

*Dipetik dan iqtibas daripada buku "365 hari bersama perbicaraan Al-Quran" yang ditulis oleh Profesor Husain Muhiuddin Ilahi Qomsyaei «حسین محی‌الدین الهی قمشه‌ای»

4124485

captcha