IQNA

Analisis;

Apakah perbezaan antara Islam dan Iman?

17:12 - January 06, 2024
Berita ID: 3103716
IQNA - "Islam" mempunyai rupa zahir perundang-undangan yang sah, dan sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah pada lidahnya (dengan lisannya - budi bicaranya) adalah termasuk dalam kalangan orang Islam (Muslim/Muslimat), dan peraturan Islam berlaku kepadanya, tetapi "Iman" adalah perkara realiti batin, dan tempatnya adalah dalam hati manusia, bukan di lidah.

Menurut ayat Al-Quran;

 قَالَتِ ٱلْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا۟ وَلَـٰكِن قُولُوٓا۟ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ ٱلْإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَـٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ١٤
 "Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Qs, Al-Hujuraat 49:14).

Seseorang mungkin mempunyai motivasi yang berbeza untuk masuk ke Agama "Islam" atau untuk menjadi muslim (pemeluk Islam), malah mungkin atas motivasi material dan kepentingan peribadi bahkan penipuan mendorongnya untuk jadi orang Islam dan belum pasti dia boleh jadi orang beriman, kerana untuk "iman" pastinya berasal dari motivasi Ilmu makrifat dan kerohanian; 

Sebagaimana Nabi (SAW) bersabda: 

الْإِسْلَامُ عَلَانيَةٌ وَالْإِيمَانُ فِي الْقلبِ
Yang bermaksud: "Islam adalah perkara terbuka (perlu diumumkan), tetapi iman adalah perkara tersembunyi yang tempatnya di dalam hati". (Majmaul-Bayan «مجمع البيان», jld. 9, ms.138). 

Juga, dalam beberapa riwayat lain, dinyatakan bahawa konsep "Islam" dianggap terhad atas pengakuan lisan, manakala iman lebih luas, selain pengakuan lisan, ia digabungkan dengan tindakan (amal-ibadah). (HR. Al-Kafi, Jilid 2, ms.24).

Untuk memiliki "iman yang Islami" perlu masuk Islam terlebih dahulu; sebab adakalanya agama-agama lain juga mengajarkan idiologi yang meminta umatnya untuk beriman kepadanya, walaupun ajaran itu sesat, berbahaya dan hingga membenarkan pemeluknya ketahap berlaku keji, keganasan dan kerosakan.

Oleh itu untuk meneliti manakah ajaran Agama yang betul mengajarkan subjek-subjek iman yang sebenarnya?!; Dari penelitian dan kajian yang telah dibuat; Agama Islam mempunyai konsep yang sempurna dalam memberi pengajaran kepada umat manusia, pertama sekali Islam mengajarkan manusia untuk menggunakan Akal yang memiliki kemampuan untuk mengenal pasti kebenaran (al-Haq) dan kebatilan (kesesatan), kebaikan dan keburukan, keadilan dan kezaliman, kejujuran dan kebohongan, amanah dan pengkhianatan, keamanan (ketenangan) dan kekacauan (keributan), keselamatan dan kebinasaan, kebahagiaan dan kesengsaraan, kesedihan dan kegembiraan. Banyak ayat Al-Quran yang mengungkit manusia supaya berfikir sebagai kerja Akal untuk berfikir, mengkaji dan merenungkan segala apa yang dilihat, didengar, dibaui, disentuh dan dirasa untuk mencapai "Iman" - kepercayaan kepada Al-Haq (Allah dengan segala firmanNya). Allah berfirman:

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya-adakah mereka tidak berakal (soalan mengungkit dan perlik ?" (Qs, Yaa Siin 36:68).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
"Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?". (Qs, Al-An'aam 6:50).

Kelogikan - penaakulan (diterima Akal) adalah ukuran pertama "Iman dalam ajaran Islam".

Oleh itu Iman adalah pasangan dengan Islam, tetapi muslim belum tentu pasangan dengan iman. Dengan kata lain, setiap orang yang beriman adalah seorang Muslim, tetapi setiap orang Islam (muslim) belum tentu seorang yang beriman. 

"Iman" atau "keyakinan" berada di dalam hati, tetapi "Islam" adalah jadual atau konsep undang-undang ucapan dan perilaku yang sesuai dengan tuntutan Iman yang logik, contoh; Islam punya undang-undang atau hukum perkahwinan, pewarisan atau hudud dalam pelbagai aspek kehidupan dan kematian manusia. 

*Dipetik dan iqtibas daripada Tafsir Al-Amstal, jilid 22, ms 210.

tanda nama: Analisis Al-Quran
captcha