IQNA

Tilawah Mahmoud Shahat Anwar dalam Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mesir

5:34 - December 09, 2025
Berita ID: 3107399
IQNA - Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mesir kali ke-32 bermula semalam 7 Disember dengan tilawah oleh qari terkenal Mesir, Mahmoud Shahat Anwar.

Laporan IQNA, memetik Sada al-Balad «صدی البلد»; Edisi tahun ini diadakan dengan nama Syeikh Shahat Muhammad Anwar «شیخ شحات محمد انور», salah seorang qari tersohor Mesir yang telah meninggal dunia, dan pertandingan ini akan berlangsung sehingga 10 Disember 2025.

Acara ini dimulakan dengan tilawah Mahmoud al-Shahat «محمود الشحات» daripada Surah al-Isra’ dan al-Rahman. Bacaan tersebut mengingatkan para hadirin kepada warisan tilawah qari yang telah wafat, iaitu Syeikh Shahat Muhammad Anwar, dan memberikan suasana rohani yang mendalam kepada majlis pembukaan.

Beberapa edisi sebelumnya Musabaqah Antarabangsa Hafazan dan Tilawah al-Quran Mesir juga dengan menyanjung nama qari-qari besar negara itu dengan nama Syeikh Mahmoud Khalil al-Husari «شیخ محمود خلیل الحصری»  pada sesi 26 dan dengan nama Ustaz Abdulbasit Abdulsamad ««عبدالباسط عبدالصمد» » pada sesi 27.

Dalam majlis tersebut، Mahmoud al-Shahat bertilawah ayat 23 dan 24 Surah al-Isra’:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا - وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia, dan agar kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya mencapai usia tua di sisimu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka walaupun ‘ah’, dan janganlah engkau membentak mereka; tetapi ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang mulia.” - 

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan katakanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.’”

Beliau juga bertilawah ayat 1 hingga 4 Surah al-Rahman:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الرَّحْمَنُ، عَلَّمَ الْقُرْآنَ، خَلَقَ الْإِنْسَانَ، عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Allah) Yang Maha Pemurah, telah mengajarkan al-Quran, Dia menciptakan manusia, dan mengajarnya pandai berbicara.”

Video tilawah tersebut disertakan selepas laporan ini.

4321429

tanda nama: qari terkenal Mesir
captcha