IQNA

Dalam mesej kepada mesyuarat solat kebangsaan, pemimpin revolusi menekankan:

Membuka jalan belajar Solat untuk generasi baru

15:56 - January 07, 2024
Berita ID: 3103724
IQNA - Ayatullah Khamenei (HF), Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, dalam perutusan kepada Mesyuarat Solat Seluruh Negara Republik Islam Iran ke-30, menganggap kewajipan besar ini sebagai satu keperluan ruh dan jiwa manusia yang jauh lebih penting dari keperluan semasa bagi individu dan masyarakat Islam, dan Baginda (HF) menekankan: Mereka yang bertanggungjawab dalam kerja yang berkaitan dengan belia mesti belajar cara-cara dan membuat solat meningkatkan kualitinya untuk generasi baru.

Laporan IQNA, memetik Pangkalan maklumat pejabat Pemimpin Tertinggi; Teks perutusan Pemimpin tertinggi Revolusi Islam ke Sidang Kemuncak Solat Kebangsaan ke-30 adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحیم
والحمدلله رب العالمین و صلی الله علی محمد و آله الطاهرین سیما بقیةالله فی‌العالمین ارواحنا فداه

Puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas kesinambungan tradisi merayakan solat yang diberkati dan baik, dan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Hujjatul-Islam Qaraiti, seorang mujahid dan alim ulama, yang merupakan pengasas gerakan yang dirahmati ini.

Kewajipan besar ini memainkan peranan yang jauh melebihi dari keperluan lain; Ia harus dianggap sebagai roh untuk organ tubuh manusia atau sebagai udara berbanding keperluan material manusia; Bahawa penerimaan semua ibadat dan perkhidmatan kepada Allah bergantung kepada penerimaan solat, dan perintah untuk mendirikan solat yang dituntut daripada Nabi (SAW), dan solat dianggap sebagai syarat pertama dalam Kepimpinan orang-orang soleh; bahawa perintah melaksanakannya dan menekankannya Al-Quran telah mengulang lebih daripada kewajipan lain, semua ini sebagai bukti kedudukan penting -ibadah solat- tugas ketuhanan ini «فریضة الهی».
 
Mempromosikan solat di kalangan generasi muda adalah kunci untuk meluaskan rahmat ilahi ini dan menggantikannya di tempat yang sepatutnya. Mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan yang berkaitan dengan belia dan remaja, dari keluarga, ke sekolah, ke universiti, ke persekitaran sukan, kepada alim ulama di sekolah dan universiti, kepada kumpulan dan badan gerakan sosial di masjid, kepada semua unitnya, dan kepada kumpulan Jihad pembangunan, dan lain-lain kumpulan jihad; mereka harus menganggap diri mereka sebagai hamba Allah SWT yang dipanggil dan diminta oleh firman dan ayat: 

أَقِیمُوا الصَّلاةَ
"Hendaknya kamu sekalian mendirikan solat!"

Membuka jalan kepada generasi baru untuk belajar Solat serta memberikannya kualiti, rasa tarikan kepada solat, masjid, kehadiran hati, memperhatikan makna-makna solat, mengetahui hukum-hukum solat, dan mengerjakan solat dalam erti kata yang sebenarnya. Saya memohon kepada Tuhan Yang Maha Kuasa untuk kejayaan semua orang.
 
سیدعلی خامنه‌ای 
۱۵/دی ماه/۱۴۰۲
Syed Ali Khamenei
5 Januari 2024

tanda nama: Kepentingan Solat
captcha