Perjuangan mempertahankan negara; tanah air bagi suatu bangsa pada hakikatnya adalah simbol mempertahankan Aqidah dan kemuliaan insaniah suatu bangsa atau suatu komuniti di atas suatu tanah yang secara natural memiliki sempandan yang dikenali dan diiktiraf secara tradisi dan kesepakatan bangsa negara itu yang memiliki keseragaman asal-usul; tempat kelahiran, bahasa dan tutur para individu warga negara tanah air tersebut, juga memiliki kenangan sejarah budaya yang sama bagi warganya dan memiliki keperibadian umum seragam yang dianggap sebagai identiti yang dihormati dan dibanggakan oleh mereka dan siap membelanya dari sebarang bahaya pencerobohan musuh yang ingin menjajah warganya dan menaklukkan hasil buminya untuk kepentingan penjajah tersebut, ini adalah satu taarifan yang boleh dianggap rasional Islami dan sesuai perundangan kemasyarakatan (uruf) untuk kelayakpemilikan hak kewarga-negaraan individu dan masyarakat suatu bangsa negara, tetapi warga pendatang zionis yang menduduki ke atas tanah air rakyat Palestin kebanyakkan mereka tidak memiliki identiti ini, malah kebanyakkan warga dan tentera mereka dipaksa atau dibeli dengan janji-janji indah untuk hidup di tanah impian apabila tanah air Palestin berhasil ditaklukkannya, ini satu bukti nyata apabila hembusan Badai Al-Aqsa muncul dari kedalaman nurani warga peribumi Palestin, yang telah menghempaskan pendatang berwajah penjajah ini untuk segera berhembus kembali ke negara-negara asal mereka yang pelbagai, dan ini telah terjadi dalam tempoh awal Badai Al-Aqsa dihembuskan oleh Rakyat bertahan Gaza - Palestin - dan sebahagian besar warga pendatang zionis itu tidak siap mati untuk mempertahankan kependudukkan mereka; kita boleh saksikan kerumunan bembelian tiket penerbangan di pusat-pusat penerbangan dan angkutan keluar dari wilayah kuasa rejim ini.
Berbeza dengan warga bumi Palestin yang siap mati syahid untuk mengembalikan keamanan negara mereka dari pencerobohan sekelompok teroris zionis untuk mendirikan satu rejim yang diberi nama "Israel", satu nama suci yang disabotaj dari nama panggilan Nabi Allah SWT, yang disebut dalam kitab suci umat Islam; Hazrat Yaakub (as) yang dipercayai oleh umat Islam sebagai seorang Nabi yang benar pilihan Allah SWT, tentu sama sekali tidak akan membenarkan kelakuan pencerobohan dan keganasan seperti yang sedang dibuat oleh para perompak yang amat jahat di atas tanah air rakyat Palestin yang menamai diri mereka sebagai warga negara Israel.
Rejim yang bercirikan Teroris ini, berdiri atas dasar kebohongan, tipu helah, keganasan dan jenayah, untuk berdepan dengan kelompok teroris penzalim ini Allah SWT, telah pun berfirman dalam kitab suci Al-QuranNya;
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)". (Qs, Al-Hajj 22:39).
Ayat ini jelas menyatakan ciri-ciri penceroboh, iaitu yang boleh diperangi kembali dengan izin Allah SWT oleh yang dicerobohi; di zaman ini pelaku yang mencolok sebagai penceroboh adalah warga dan rejim Israel, yang sedang melakukan pencerobohan dengan pelbagai jenayah keji atas Rakyat muslimin Palestin; maka Badai Al-Aqsa rakyat yang dicerobohi ini adalah sebagai yang mendapat keizinan dari Allah SWT untuk menjalankan serangan kembali dan dijanjikan mendapat pertolongan yang amat berkuasa yang tentu matlamat kemenangan sebagai intipati janji Allah ini akan diperuntukkan kepada rakyat mazlum muqtadir Gaza - Palestin.
Teks; Puisi untuk kanak-kanak Gaza;
Karya; Sekhah Ali
Kanak-kanak Gaza
Saya tahu awak terluka
Saya tahu rumahmu rosak
Saya tahu ayahmu telah dibunuh
Saya tahu, mak, kakakmu ditampar, ditarik kasar, dihinakan!
Saya tahu mereka menculik abangmu, memotong organ badannya, mengeluarkan isi tubuhnya, mencungkil matanya, memotong jantung, hati, dan buah pinggangnya, kemudian mengembalikannya kepadamu kosong tidak bermaya.
Saya tahu adik kecilmu dihempap bumbung rumahmu, yang musnah terkena bom berat Zionis.
Yang amat sedihkanku apabila, pengetahuan saya hanya sampai ke kaca TVku
Saya hanya melihat di talian maya telefonku
Ia hanya disertai dengan pandangan kosongku
Ia hanya mencalarkan kesedihan di mataku
Wahai kanak-kanak Gaza
Saya pun tak tahu macam mana nak tolong awak
Saya tak tahu bagaimana untuk pergi dekat awak
Saya tidak tahu bagaimana membalas dendam pada orang yang menderitakan awak
Saya tak tahu bagaimana menuntut mereka yang membunuh awak
Kanak-kanak Gaza
Betapa awak telah ditimpa kekejaman rejim Zionis, pemusuh Islam dan Muslimin
Pakcik Qasim awak dulu sudah pernah menakutkan rejim jahat itu
Pakcik Qasim membawa anak-anak Aleppo dan Iraq selamat dari kejahatan mereka dalam pelukannya
Sekarang Pakcik Qasim telah mereka bunuh lebih awal sebelum dia sampai kepada awak
Supaya awak tidak lagi mempunyai bapa saudara yang heroik untuk menghalau tentera Zionis dari membunuh awak
Tuhan telahpun mempersoalkan atas dosa apakah awak dibunuh?
Orang-orang zalim itu pastilah dapat balasan azab Tuhan yang amat pedih.
Duhai! Kanak-kanak Gaza yang dicerobohi keganasan rejim zionis teroris
Kanak-kanak Gaza yang tiada pelindung
Kanak-kanak Gaza telah menderita panjang
Kanak-kanak Gaza tidak dapat bermain bebas.
*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.