Hujjat-ul-Islam Alireza Yusefi Rastgo «حجةالاسلام علیرضا یوسفی راستگو», pengarah madrasah Ilmiyah Safiran Hidayat di Hamedan, Iran «مدرسة علمیة سفیران هدایة همدان», dalam temu bual dengan IQNA dari Hamedan, menyatakan bahawa salah satu tugas yang ditunggu-tunggu ialah mendoakan kemunculan Imam zaman kita dan menyatakan: Salah satu doa yang telah dinyatakan untuk kemunculan Imam zaman adalah doa Faraj;
الهی عَظُمَ الْبَلَاءُ وَ بَرِحَ الْخَفَاءُ وَ انْکَشَفَ الْغِطَاءُ وَ انْقَطَعَ الرَّجَاءُ وَ ضَاقَتِ الْأَرْضُ وَ مُنِعَتِ السَّمَاءُ وَ أَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَ إِلَیْکَ الْمُشْتَکَی وَ عَلَیْکَ الْمُعَوَّلُ فِی الشِّدَّهِ وَ الرَّخَاء، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدِ أُولِی الْأَمْرِ الَّذِینَ فَرَضْتَ عَلَیْنَا طَاعَتَهُمْ وَ عَرَّفْتَنَا بِذَلِکَ مَنْزِلَتَهُمْ فَفَرِّجْ عَنَّا بِحَقِّهِمْ فَرَجاً عَاجِلًا قَرِیباً کَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ، یَا مُحَمَّدُ یَا عَلِیُّ یَا عَلِیُّ یَا مُحَمَّدُ اکْفِیَانِی فَإِنَّکُمَا کَافِیَایَ وَ انْصُرَانِی فَإِنَّکُمَا نَاصِرَایَ یَا مَوْلَانَا یَا صَاحِبَ الزَّمَانِ الْأَمَانَ الْأَمَانَ الْأَمَانَ الْغَوْثَ الْغَوْثَ الْغَوْثَ أَدْرِکْنِی أَدْرِکْنِی أَدْرِکْنِی السَّاعَهَ السَّاعَهَ السَّاعَهَ الْعَجَلَ الْعَجَلَ الْعَجَل.
Doa ini, yang menurut riwayat sebagai nuqilan yang diajarkan langsung oleh Imam Al-Mahdi (as) kepada sahabatnya Muhammad bin Ahmad bin Abi al-Laith «محمد بن احمد بن ابی اللیث», mempunyai tema keagamaan yang berharga.
Doa Faraj terdiri daripada beberapa bahagian yang kita membahaginya kepada tiga bahagian besar, di bahagian pertama merujuk kepada masa ketiadaan dan ujian besar yang dideritai manusia pada masa itu:
الهی عَظُمَ الْبَلَاءُ وَ بَرِحَ الْخَفَاءُ وَ انْکَشَفَ الْغِطَاءُ وَ انْقَطَعَ الرَّجَاءُ وَ ضَاقَتِ الْأَرْضُ وَ مُنِعَتِ السَّمَاءُ وَ أَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَ إِلَیْکَ الْمُشْتَکَی وَ عَلَیْکَ الْمُعَوَّلُ فِی الشِّدَّهِ وَ الرَّخَاء
"Ya Allah telah membesar malapetaka ini dan tabir telah terbuka, dan tirai telah ditanggalkan, dan harapan telah terputus, dan bumi menjadi sempit, dan berkah langit telah ditahan, dan Engkaulah pelindung, dan keluhan adalah Hanya di sisi-Mu, dalam kesulitan dan kemudahan, Engkaulah satu-satunya penolong."
Pada bahagian kedua, selepas berselawat ke atas Nabi (SAW) dan Ahlulbayt nya yang sucian (as), doa ini menjelaskan keperluan bagi orang-orang yang beriman untuk mentaati para pemimpin suci agama Allah, kerana kedudukan mereka yang tinggi:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدِ أُولِی الْأَمْرِ الَّذِینَ فَرَضْتَ عَلَیْنَا طَاعَتَهُمْ وَ عَرَّفْتَنَا بِذَلِکَ مَنْزِلَتَهُمْ فَفَرِّجْ عَنَّا بِحَقِّهِمْ فَرَجاً عَاجِلًا قَرِیباً کَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ
"Ya Allah Sampaikan salam sejahtera ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, wali pengurus perkara agama kami yang Engkau wajibkan kami untuk mentaati mereka dan Engkau kenalkan kepada kami dengan itu kedudukan mereka maka bukakanlah dari kami dengan hak mereka; kemunculan (Imam zaman kami) segera dan dekat seperti sekelip mata atau lebih cepat lagi dari itu."
Pada bahagian akhir doa, diperintahkan untuk memohon kepada Tuhan, dengan sebab hak dan maruah Nabi dan Ahlulbaytnya yang suci (SAW):
یَا مُحَمَّدُ یَا عَلِیُّ یَا عَلِیُّ یَا مُحَمَّدُ اکْفِیَانِی فَإِنَّکُمَا کَافِیَایَ وَ انْصُرَانِی فَإِنَّکُمَا نَاصِرَایَ یَا مَوْلَانَا یَا صَاحِبَ الزَّمَانِ الْأَمَانَ الْأَمَانَ الْأَمَانَ الْغَوْثَ الْغَوْثَ الْغَوْثَ أَدْرِکْنِی أَدْرِکْنِی أَدْرِکْنِی السَّاعَهَ السَّاعَهَ السَّاعَهَ الْعَجَلَ الْعَجَلَ الْعَجَل!
"Ya Muhammad ya Ali, ya Ali ya Muhammad, cukuplah bagiku, sebab kalian berdua mencukupiku, tolonglah aku sesungguhnya kalian berdua sebagai penolongku, wahai para pemimpin kami, wahai pemilik zaman ini, (berikan kedamaian yang aku minta), kedamaian, kedamaian, (sungguh tangisan berat kami), tangisan, tangisan, (sampaikan pertolonganmu kepadaku), tolong, tolong, (sekarang juga), sekarang, sekarang, (sesegera mungkin), segera, segera".
4203614