Setiap tahun, pada masa yang sama dengan permulaan bulan Ramadhan, musim bunga Al-Quran, IQNA menyediakan dan menerbitkan siri kuliah pendidikan dengan menjemput pakar dalam pelbagai bidang Al-Quran, agama, sosial, sastera dan kebudayaan di bentuk imej untuk penontonnya, dan tahun ini kerana simetri bulan yang dikasihi ini dengan musim bunga alam dan hari-hari Nowruz dengan rupa yang berbeza telah menghasilkan fail khas «بهاران در بهار» bhs.Farsi "Baharan dar bahar" "Musim-musim bunga dalam musim bunga" yang bermaksud; "Musim bunga yang berlapis-lapis", sebagai mengungkapkan keberkahan yang melimpah-limpah kerohanian dan materi.
Pada musim bunga Ramadhan 1445 Hijrah ini, peminat pelbagai bahasa agensi berita ini juga boleh mendapat manfaat daripada perbincangan ilmu dan maknawi suci Ramadhan al-Karim seperti tempoh sebelumnya.
Penerangan tentang doa Abu Hamzah Somali «شرح دعاء ابوحمزه ثمالی», persembahan visual doa harian bulan suci Ramadhan, pengenalan buku untuk dibaca menambah pengetahuan tentang bulan suci Ramadhan dan Nowruz, penghasilan kandungan teks dengan tujuan meningkatkan kecergasan rohani hadirin yang dihormati adalah beberapa persiapan lain IQNA untuk program khas musim bunga Al-Quran dan musin bunga alam.
Dalam perkara berikut, kami mempunyai pelbagai bahasa untuk bahagian setiap topik dalam fail khas "Baharan dar bahar"
Membaca tartil sebahagian daripada Al-Quran dengan suara Hamidreza Ahmadiwafa, seorang qari antarabangsa Republik Islam Irandari awal hingga akhir bulan mulia ini - setiap hari menghabiskan tilawah satu juzuk Al-Quran.
• Kata-kata Ayatollah Kaabi «آیتالله کعبی» untuk Malam-malam Qadar dalam bahasa Arab, ada 5 siri.
• "Pengukuhan keluarga dalam Al-Quran dan hadis" dalam bahasa Portugis dengan pengajaran Hojjatul Islam Khalillu, 30 episod.
• "Bulan Ramadhan dan ketakwaan sosial" dalam bahasa Arab, diajar oleh Hamidreza Gharibreza, 12 episod.
• "Wawasan Ramadhan dalam bahasa Inggeris", diajar oleh Hojjatul-Islam Sayyedaboul-Qasim Razavi, 30 episod.
• "Konsep Islam" dalam bahasa Perancis yang diajar oleh Sheikh Haider Mohajer, 23 episod.
• "Al-Quran di bulan Ramadhan" dalam bahasa Turki yang diajar oleh Mehdi Aksu, 12 siri.
• Quran di bulan Ramadhan di Istanbul Bahasa Turki yang diajar oleh Qasim Erdam, 10 siri.
4205525