Hujatul-Islam wal-Muslimin Syed Muhammad Zulfiqari «حجةالاسلام والمسلمین سیدمحمد ذوالفقاری», pengurus jemaah ziarah antarabangsa makam suci Razawi, dalam temu bual dengan wartawan IQNA, menunjukkan butiran program-program ini dan berkata: Antara hari-hari yang dikenali sebagai hari-hari Allah, adalah yang dipanggil "sepuluh hari keramat", yang bermula dan berakhir dengan kelahiran dua orang mulia bangsawan dari keluarga bangsawan yang bermaruah tinggi baginda Nabi Muhammad (SAW), sudah tentulah penamaan hari-hari ini sebagai "sepuluh hari keramat" mempunyai hikmah sosial yang timbul dari semangat kedermawanan dan hati yang bersih dari masyarakat kita, dan yang menarik ialah dua orang bangsawan ini, berasal dari keluarga yang paling tinggi memiliki sifat dermawan dan mulia, keduanya lahir dalam tempoh yang singkat pada bulan Dzul-Qa'dah, tentunya tempoh yang diberkati ini telah dikenali menjadi tradisi perayaan hasanah yang dipanggil "sepuluh hari keramat".
Mubaligh di arena antarabangsa ini menyatakan: Mengambil kira kepentingan hari-hari ini dan kehadiran penuh semangat jemaah ziarah antarabangsa pada hari-hari istimewa ini yang datang ke negara kita dan terutamanya di Masyhad dan makam Imam Reza (as) dan wilayah Quds Razawi untuk sebagai meluaskan pengenalan orang ramai terhadap sirah dan sifat Ahlulbayt (as), beliau juga sebagai pengurus bahagian ini telah menganjurkan program khas untuk penziarah yang dikasihi ini.
Program khas untuk Asia Barat
Hujjatul-Islam Zulfiqari berkata: Hari ini, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Hazrat Masumah (as) dan permulaan "Sepuluh hari keramat", satu majlis perayaan telah diadakan dengan kehadiran qari dan madah, bersama dengan persembahan kumpulan lagu raya, mengadakan pertandingan membaca buku dan menerima anugerah.
Beliau menjelaskan: malam sambutan hari lahir Imam Reza (as) juga akan diadakan dalam bentuk bacaan puisi dan pujian dengan kehadiran penyair, qari, ahli puji dan penceramah berbahasa Arab di halaman Ghadir makam suci ini.
Sumbangan 8 mahkota bunga kepada makam suci Razawi
Beliau menyambung: Perjalanan jemaah berbahasa Arab dengan sumbangan 8 mahkota bunga ke tempat suci Razavi adalah salah satu program lain yang disediakan oleh pentadbiran ini.
Mengadakan pameran karya seni dengan kandungan ajaran Ahlulbayt (as)
Beliau menyambung: Menjemput ahli kaligrafi dari Iraq, Oman, Bahrain dan Kuwait untuk kaligrafi dan melukis pada skrin, kanvas, dl, dengan tema Razawi adalah satu lagi program pentadbiran ini.
Meraikan usia taklif/aqil baligh lebih kurang 600 gadis dunia Islam
Beliau seterusnya merujuk kepada sambutan usia taklif gadis di dunia Islam dan menambah: seperti tahun lepas, dalam sepuluh hari keramat, tahun ini, atas permintaan jemaah ziarah antarabangsa, untuk upacara meraikan usia taklif gadis dunia Islam, akan diadakan, dengan kehadiran lebih 500 gadis, dengan pelbagai program termasuk bacaan Al-Quran, persembahan lagu raya, nasyid keagamaan dan pelbagai program pendidikan serta pembacaan sumpah setia mukalaf.
Penyediaan dan penghasilan lagu raya antarabangsa dalam lima bahasa
Beliau berkata: Dengan tujuan untuk memperkaya dan mempelbagaikan program Asia Barat, lagu antarabangsa disediakan dan dihasilkan dalam beberapa bahasa oleh remaja antarabangsa dari pelbagai bangsa bukan Iran, termasuk Lubnan, Iraq, Syria, Afghanistan, Pakistan, Nigeria, China, dan Guinea.
Hujatul-Islam Zulfiqari seterusnya menegaskan program khas benua kecil (penutur bahasa Urdu): sambutan istimewa sepuluh hari keramat tahun ini dengan tajuk "Keserlakan martabat kemuliaan" bhs.Farsi "Syukuh-e keramat" «شکوه کرامت» setiap hari dengan kehadiran penceramah terkenal dan penceramah benua kecil dan dengan kehadiran penuh semangat pencinta dan peziarah makam suci Razawi telah disediakan.
Beliau berkata: pergerakan beramai-ramai semua jemaah ziarah berbahasa Urdu di sekitar makam Imam Reza (as) dengan memegang dahan bunga di tangan mereka, sambil bacaan kolektif surah "Yasin" dan mempersembahkan ganjarannya kepada arwah suci Imam Reza (as).
Persidangan khas wanita dari benua kecil bertajuk "Raihah Razawi" «رایحه رضوی» "Wewangian Imam Redha", mengadakan mesyuarat khusus mengenai "Kehidupan politik dan sosial Imam Redha (as), mengadakan perayaan memperingati wiladah hazrat Fatimah masumah "Kariman Ahlulbayt (as)" untuk wanita berbahasa Urdu, dsb, adalah antara program khas untuk penutur bahasa Urdu.
Hujatul-Islam Zulfiqari menyenaraikan layanan jemaah ziarah Hazrat Reza (as) dengan 14,000 ais krim oleh pengasas Pakistan dan mengadakan pertandingan pidato dan puisi antarabangsa (musyairah dan maqasideh) sebagai program lain.
Program khas untuk Asia Tengah
Di samping sambutan istimewa sepuluh hari keramat, beliau menganggap penyiaran langsung program pendidikan dari ruang maya, pertemuan khusus golongan elit Azeri, pelajar dan aktivis budaya, perkhidmatan khas Azeri dan karavan ziarah dari Turki sebagai antara program yang disediakan untuk tetamu dari Asia Tengah.
Program khas untuk Eropah, Amerika dan Asia Timur
Pengarah Jemaah ziarah Bukan Iran makam Quds Razawi juga menyatakan bahawa program khas telah disediakan untuk jemaah ziarah dari Eropah, Amerika dan Asia Timur dan berkata: Tajuk "Kedudukan anak perempuan dalam keluarga dari perspektif Islam" dalam bahasa Inggeris, yang istimewa upacara keagamaan untuk kelahiran Hazrat Reza (as) dan menyumbangkan cawangan bunga kepada pengunjung bukan Islam adalah antara program ini.
4214965