IQNA

Reaksi ahli politik Palestin terhadap resolusi gencatan senjata di Gaza

15:47 - June 11, 2024
Berita ID: 3104578
IQNA - Pergerakan Jihad Islam Palestin pada pagi Selasa mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan mengenai gencatan senjata di Gaza, dan gerakan Barisan Rakyatr bagi Pembebasan Palestin turut mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa resolusi ini memerlukan jaminan pelaksanaan.

Laporan IQNA, memetik agensi berita Palestin Sama «سما»; Gerakan Jihad Islam mengumumkan: Walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB diluluskan dengan penangguhan lebih lapan bulan, kami bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam resolusi ini, terutamanya dari segi pembukaan pintu-pintu masuk bantuan, pemberhentian saksama pencerobohan rejim Zionis musuh dan pengunduran sepenuhnya tentera rejim ini dari Semenanjung Gaza, dengan ini kami melihat secara positif resolusi ini.

Jihad Islam menambah: Kami menekankan bahawa pendirian dan pertahanan rakyat kami adalah yang memastikan musuh untuk menyerah.

Gerakan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin juga menyatakan dalam satu kenyataan sebagai respons kepada kelulusan draf resolusi gencatan senjata di Gaza bahawa resolusi ini memerlukan jaminan eksekutif. 

Dalam kenyataan Gerakan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin, dinyatakan: Kelulusan resolusi yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat untuk gencatan senjata di Gaza oleh Majlis Keselamatan memerlukan jaminan eksekutif untuk membawa kepada pemberhentian kekal pencerobohan dan pengunduran sepenuhnya Zionis dari Semenanjung Gaza.

Kumpulan Palestin ini menambah: Terdapat ayat-ayat umum dan frasa samar-samar dalam teks resolusi yang harus dijelaskan secara terperinci supaya rejim penjajah tidak diberi peluang untuk meneruskan pencerobohan tenteranya.

Kenyataan ini berterusan: Pendirian bermusuhan Amerika terhadap rakyat kami dan penglibatan dalam perang pemusnah Zionis di Semenanjung Gaza menjadikan setiap gerakan pihak Amerika mencurigakan dan harus diwaspadai.

Gerakan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin menambah dalam kenyataan ini: pemberhentian pencerobohan kekal, pengunduran menyeluruh rejim Zionis dari Semenanjung Gaza, pemulangan semua pelarian ke kawasan tempat mereka yang dipindahkan, pembinaan semula, memecahkan kepungan dan memberikan bantuan kepada rakyat tanpa sebarang syarat daripada Rejim penjajah, ini adalah kedudukan penentu Palestin, yang menegaskan pelaksanaan resolusi gencatan sejata dan tidak akan menerima apa-apa lagi.

Pergerakan Hamas juga mengumumkan bahawa ia mengalu-alukan kelulusan Majlis Keselamatan PBB terhadap resolusi gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.

Hamas mengeluarkan kenyataan dan mengumumkan: Bahawa Hamas menerima apa yang diluluskan dalam resolusi Majlis Keselamatan mengenai gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza, pengunduran sepenuhnya pasukan tentera rejim zionis dari Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula, pengembalian orang yang dipindahkan ke tempat rumah mereka dan menentang terhadap pengurangan tanah dan mengalu-alukan pemberian bantuan penting kepada penduduk di Semenanjung Gaza.

Mahmoud Mardawi «محمود مرداوی», salah seorang pemimpin pergerakan Hamas, pagi ini, 11 Jun, sebagai respons kepada kelulusan draf resolusi Majlis Keselamatan di Gaza, berkata pergerakan itu bersedia untuk bekerjasama bagi pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.

4220901

 

captcha