IQNA

Semarak bacaan Al-Quran dari Gaza pada hari Arafah + klip & gambar

23:20 - June 16, 2024
Berita ID: 3104607
IQNA - Penerbitan gambar sekumpulan remaja dan anak muda Gaza membaca Al-Quran di khemah dan tempat perlindungan pada pagi Arafah mendapat sambutan luas oleh pengguna media sosial.

Laporan IQNA, memetik Al Jazeera; pada pagi 9 Dzulhijjah (Hari Arafah), gambar-gambar yang diterbitkan ratusan warga Gaza sedang membaca Al-Quran disambut secara meluas oleh pengguna alam siber.

Gambar-gambar ini menunjukkan ratusan anak muda Gaza dalam kelas hafazan Al-Quran di pusat perlindungan di timur kawasan ini. 

Sebuah video yang tular di laman sosial menunjukkan ramai anak muda berkumpul di bawah khemah dan membaca Al-Quran.

Dalam salah satu pertemuan ini, beberapa hafiz membaca Al-Quran pada pagi hari Arafah di tempat perlindungan di kawasan kejiranan al-Syajaiah «الشجاعیه» di timur Semenanjung Gaza.

 

4221601

captcha