Peristiwa Ghadir pada tahun ke-10 Hijriah merupakan satu peristiwa besar yang tercakup dalam beberapa ayat Al-Quran di antaranya yang dikenal dengan ayat "Tabligh" «تبلیغ» adalah salah satu ayat sebelum peristiwa ini yang menekankan keperluan dan kepentingan menyampaikan ketetapan Ilahi pada hari itu di Ghadir Khum:
«بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ»
"Baligh ma unzila ilaika min Rabbik" - "Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu! (Qs, al-Maaidah: 67), selepas Nabi menyampaikan apa yang Allah perintahkan untuk di sampaikan itu yang terkenal dengan peristiwa Ghadir Khum, turunlah pula ayat yang dikenal dengan ayat "Kesempurnan Agama" «آیة التکمیل الدین» daripada ayat ketiga Surah al-Maaidah:
ۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِ ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya dan pertambalan Kepimpinan lanjutan). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Qs, Al-Maaidah 5:3).
Bahagian ayat ini walaupun berada ditengah ayat yang menjelaskan hukum memakan daging*. Tetapi ianya benar-benar telah masuk pada bahagian berita lain; Kerana, pertama sekali, ungkapan putus asa orang kafir terhadap agama tidak ada kena mengena dengan makan daging atau tidak memakannya. Kedua, riwayat-riwayat yang berkaitan dengan turunnya ayat tersebut adalah dalam kapasiti menjelaskan sebab keputus asaan orang kafir terhadap Agama Islam, bukannya mengenai ayat sebelum dan sesudahnya. Ketiga, menurut periwayatan Syiah dan Sunni, bahagian ayat ini diturunkan selepas kejadian Ghadir Khum.
Al-Quran karim telah menyebut ciri-ciri besar untuk satu hari dengan dua kali sebutan perkataan «الیوم» "hari ini", pertama hari putus asa orang-orang kafir, kedua hari penyempurnaan agama, ketiga hari penyempurnaan kurniaan Allah kepada manusia, dan keempat hari bahawa Islam sebagai agama yang sempurna telah diredhai oleh Allah.
Jika setiap kes ini berlaku secara bersendirian pada satu hari masing-masing, cukuplah hari itu adalah sebagai "Hari Allah" yang besar «ايّاماللّه» sehingga diraikan sebagai Eidullahil Akbar «عید الله الاکبر», apatah lagi semua kes keagongan itu terjadi dalam satu hari di Ghadir Khum, oleh itu Orang beriman meraikan Eidullahil Akbar pada peringatan peristiwa Ghadir Khum Lapanbelas Dzulhijjah.
Riwayat dan hipotesis lain, seperti turunnya ayat ini pada hari Arafah, juga tidak mempunyai justifikasi yang betul mengenai ciri-ciri hari ini; Sebagai contoh, apakah kes penting yang berlaku pada 9 Dzulhijjah, ketika orang-orang kafir berputus asa untuk menang atas agama, atau apakah hubungan antara pengajaran praktikal ibadat haji (mengajarkan sebahagian daripada kewajipan agama) dengan penyempurnaan agama, sehingga kita boleh mengatakan bahawa agama itu disempurnakan melaluinya, oleh itu perlu ada peristiwa yang munasabah untuk penyata jamin keempat kes-kes besar ini yang mencakupi seluruh makna kesempurnaan agama dan nikmat.
Ayat ini menceritakan tentang keadaan sempurnanya agama dan kecukupan nikmat dan rahmat ke atas hamba. Undang-undang agama telah disempurnakan semasa hayat Nabi Islam (SAW), tetapi untuk membimbing kerajaan Islam ke destinasinya dan melaksanakan peraturan Islam dalam masyarakat, perlu ada prinsip yang menyebabkan kestabilan agama ( yang menjadi sebab putus asanya orang kafir untuk merosakkan Islam sepeninggal Nabi (SAW)); sempurna agama dan sempurna keberkatan (ke atas orang Islam).
Oleh kerana tujuan utama misi Nabi menyampaikan dan menjalankan undang-undang Ilahi, kelanjutan projek ini perlu ada seseorang yang harus dipilih untuk melaksanakan undang-undang ini yang tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan dalam pemahaman dan pelaksanaan undang-undang selepas Nabi (SAW).
Kes-kes ini hanya boleh ditafsirkan dengan menabalkan -meresmikan satu Imam untuk kepimpinan Umat Islam.
Pertambalan Wilayat keimamahan Imam Ali (as) adalah kewajipan terakhir yang Allah turunkan dengan ayat ini dan mengatakan bahawa Tuhan tidak akan mendedahkan apa-apa lagi kewajipan, kerana dengan Imamah, sempurnalah agama dan selesailah misi risalah Rasulullah Muhammad (SAW):
«وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ»
“Dan jika kamu tidak melakukan pertambalan ini, maka tiadalah dianggap kamu telah menjalankan misiNya”. (Qs, al-Maaidah: 67).
Pada hakikatnya, menetapkan adanya pelanjut kepemimpinan umat Islam adalah perkara penjamin keselamatan agama dan umat Islam yang boleh dikata buah dari misi 23 tahun dakwah Islam Nabi (SAW) itu tidak lain hanyalah wilayah Imam Ali bin Abi Thalib (as), dan tanpanya, agama, misi kenabian, dan rahmat hidayah untuk umat manusia hingga hari kiamat tidak akan lengkap.
Sebagaimana yang disebut dalam nas Fariqain daripada Nabi (SAW):
مَنْ مَاتَ بِغَیرِ إِمَامٍ مَاتَ مِیتَةً جَاهِلِیةً
"Sesiapa yang mati dan tidak mempunyai Imam atau pemimpin, telah mati dalam keadaan jahiliyah."
Dan dalam riwayat lain:
مَنْ ماتَ وَلَمْ یَعْرِفْ إمامَ زَمانِهِ ماتَ مَیْتَةً جاهِلِیَّةً
"Sesiapa yang mati dan tidak mengenal imam zamanya, matinya seperti kematian orang jahiliyah".
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ* السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan pertambalan kepemimpinan lanjutan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Qs, Al-Maaidah 5:3).