Slogan Arbain tahun ini adalah "Menuju Al-Quds", hingga membebaskan Masjid Al-Aqsa Palestin, barisan muqawamah Islam telah menggaungkan slogan ini sebagai Nida al-Aqsa «نداء الاقصی», yang pertanda keharusan untuk menyusun barisan persatuan umat Islam di seuluruh dunia, menjelang bulan Rabiul Awal, langkah penziarah Arbain Imam Husain (as) mesti terus diayunkan membentuk barisan wahdah Islamiah yang telah dicetuskan oleh Imam Khomeini (qsz) pada peringatan maulid Rasulillah tarikh 12 hingga 17 Rabiul Awal sebagai pekan persatuan umat Islam yang akan tiba bulan depan tahun hijriah Qamariah.
Pada peluang ini para pemikir Muslim darikalangan semua dijemput untuk bicara persatuan umat Islam dan umat kemanusiaan yang lebih banyak membawa manfaat untuk kemajuan dan kemenangan bersama umat manusia di dunia khususnya umat Islam untuk membenteras keganasan global yang berpunca dari kerakusan kuasa sekelompok orang yang hanya memikirkan kepentingan dan keuntungan kelompok mereka sendiri dan membawa korban dan kerugian ramai umat manusia lain, para arogan global yang diketuai oleh Para pemimpin Amerika zionis yang memaksakan berdirinya rejim Yahudi Israel Apartheid di wilayah bumi Palestin, dan telah membuat banyak kerosakan dan jenayah yang melanggar semua undang-undang kemanusiaan, agama, moral dan hubungan antarabangsa.
Anda boleh mengirim klip ucapan "Wahdatul Ummah" kepada Iqna: Melalui <iqnaagency@yahoo.com> dan jika sesuai akan dipublikasikan di Laman IQNA, sebagai menyampaikan kalimatul Hak walau satu ayat.
*Kempen "Bicara baru Wahdatul ummah" «وحدة الأمة» dalam pelbagai bahasa popular yang anda suka mengucapkannya dalam durasi paling maksimum 4 minit dalam satu klip.