IQNA

Mesej penting pemimpin tertinggi revolusi mengenai kes baru-baru ini di Lubnan:

Nasib rantau ini akan ditentukan oleh pasukan Muqawimat dan Hizbullah yang dibanggakan mengetuai mereka

15:33 - September 28, 2024
Berita ID: 3105172
IQNA - Hazrat Ayatullah Khamenei (HF); Pemimpin Revolusi Islam mengeluarkan mesej penting mengenai kes baru-baru ini di Lubnan.

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Ayatullah Khamenei (HF); Teks mesej Pemimpin Revolusi mengenai kes baru-baru ini di Lubnan adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Pembunuhan orang yang tidak berdaya di Lubnan sekali lagi mendedahkan kepada semua orang keganasan gila Zionis itu, dan sebaliknya ia membuktikan sikap rabun dan dasar jahil para pemimpin rejim perampas kuasa ini. 

Geng militan pengganas yang memerintah rejim Zionis tidak belajar daripada perang jenayah mereka selama setahun di Gaza dan gagal memahami bahawa pembunuhan besar-besaran wanita, kanak-kanak dan orang awam tidak boleh menjejaskan pembinaan kukuh benteng pertahanan dan penentangan. Sekarang mereka mencuba dasar jahil yang sama di Lubnan.

Penjenayah Zionis harus tahu bahawa mereka terlalu kecil untuk menyebabkan kerosakan yang ketara kepada pembinaan benteng kuat Hizbullah di Lubnan. Semua pasukan penentangan di rantau ini bersama Hizbullah dan menyokongnya. Nasib wilayah rantau ini akan ditentukan oleh pasukan penentangan dan ketua mereka adalah Hizbullah yang dibanggakan.

Penduduk Lubnan tidak lupa bahawa suatu ketika dahulu, militan perampas kuasa ini pernah meletakkan kasut but mereka atas tanah Lubnan sehingga ke Beirut, Hizbullahlah yang memotong kaki mereka dan menjadikan Lubnan disayangi dan dibanggakan tegak berdiri. Malah pada hari ini, Lubnan akan memberi sebab musuh jahat dan penceroboh Zionis ini menyesal. 

Wajib bagi semua umat Islam untuk berdiri tegar bersama penduduk Lubnan dan Hizbullah dengan kapasiti apa yang mampu dari sumber daya mereka dan membantunya dalam menghadapi rejim perampas, zalim dan jahat.

Salam sejahtera ke atas hamba-hamba Allah
Seyyed Ali Khamenei
7 Mehr 1403HS - 28 Septembar 2024M - 24 Rabiul Awal 1446HQ

4239118

captcha