IQNA

Pendekatan umum Rasulullah (SAW) dan Imam Jafar al-Sadiq (AS);

Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Islam

19:56 - October 02, 2024
Berita ID: 3105193
IQNA - Hari ke-17 Rabiul Awal adalah hari ulang tahun kelahiran Nabi (SAW) dan Imam Sadiq (AS) menurut riwayat Syiah. Kedua-dua tokoh terkemuka ini, yang merupakan bintang bersinar dalam sejarah manusia, kedua-duanya insan maksum dan mengikut jalan yang sama.

Ciri umum yang sangat menonjol dalam kehidupan kedua-dua pembesar dan bangsawan Islam ini dalam menghadapi masyarakat dan umat Islam, walaupun ada dari masyarakat Muslim yang tidak sehaluan dengan keduanya (SAW), adalah terciptanya perpaduan dalam masyarakat dan umat Islam. 

Kedua-dua Nabi (SAW) dan Imam Sadiq (AS) meletakkan strategi utama dalam mengurus masyarakat Islam dan berurusan dengan orang-orang beriman dan Muslim, iaitu mewujudkan perpaduan dan empati di kalangan umat Islam, walaupun hakikat bahawa kedua-dua Rasulullah (SAW) dan Imam Sadiq (AS) hidup dalam masyarakat di mana sesetengah orang, atau bahkan kebanyakan orang di zaman itu, tidak sehaluan dengan kedua baginda (SAW), dan malah pelampau di antara orang-orang di zaman itu tidak mengakui kemaksuman kedua bangsawan suci Islam ini (pelampau itu membenarkan berlaku dosa dan kesilanpan bagi keduanya), tetapi masalah pelampau dan kekurangan kerjasama ini tidak menghalang kedua-dua orang kenamaan dan suci Ilahi ini untuk menjalankan strategi ini.

Mengenai Nabi (SAW), fakta pertama yang harus ditekankan ialah baginda membawa agama yang syumul dan lengkap bernama "Islam" kepada masyarakat pada zaman itu. 

Dalam Al-Quran yang mengandungi wahyu yang diturunkan kepada junjungan Nabi Islam (SAW), menyatukan anggota masyarakat Islam adalah strategi utama dalam menangani masyarakatnya, di mana baginda (SAW) berkat, dari firman Allah SWT:

وَ اعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَميعاً وَ لا تَفَرَّقُوا وَ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْداءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْواناً
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara". (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Atau dengan firman Allah yang lain Nabi berkata;

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (Qs, Al-Anfaal 8:46).

Pada asasnya, nama "Islam" yang diberikan kepada agama ini merujuk kepada maksud "mendamaikan dan penyatuan". 

Penjelasannya ialah perkataan ini berasal daripada perkataan "silm" «سِلم» yang bermaksud "keamanan, persahabatan dan kesatuan" dan kata kerjanya ialah "aslama" «أسلَم» yang bermaksud "berdamai, mendamaikan dan mewujudkan perpaduan". 

Dalam konteks ini Al-Quran berkata: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata". (Qs, Al-Baqarah 2:208).

Ayat ini menekankan prinsip asas Islam dalam dimensi sosial, iaitu mewujudkan keamanan, persahabatan dan perpaduan di kalangan masyarakat Islam, serta mencegah perpecahan dan perbezaan di kalangan ahlinya. 

Dalam biografi Rasulullah (SAW), kita juga melihat bahawa Rasulullah (SAW) berusaha keras untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat di bawah perintahnya. Berkali-kali Nabi (SAW) berusaha untuk menjalinkan tali persaudaraan sesama umat Islam, khususnya antara kaum muhajirin dan Ansar.

Salah satu kepincangan sosial Madinah pada masa itu ialah dualitas Muhajirin-Ansar. Kepincangan ini mempunyai kapasiti yang besar untuk mengaktifkan dan mewujudkan perbezaan dan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam biografi Imam Sadiq (AS), kita dapat melihat dengan jelas manifestasi penyatuan umat Islam. Pertama sekali, perlu diingat bahawa Imam Sadiq (AS) tidak meninggalkan kota Madinah, yang merupakan kota Rasulullah (SAW), dan tidak menetap di Kufah, yang merupakan rumah utama Syiahnya. Ini sedangkan Madinah pada zaman itu bukanlah kota yang selaras lagi dengan pemikiran Imam (AS) dan tidak ramai Syiahnya di sana. 

Oleh itu ramai murid Imam Sadiq (AS), yang jumlahnya melebihi 4,000 orang, bukan dari kalangan Syiahnya (AS), dan sebahagian daripada mereka, seperti Abu Hanifa «ابوحنیفه», Malik bin Anas «مالک بن‌انس», Sufyan Thauri «سفیان ثوری», Uza'i «اوزاعی», dll, adalah antara ulama besar Muslimin Sunni. 

Jenis kelakuan Imam Sadiq (AS) adalah menarik semua orang ini atas ajarannya dan menjadikan mereka murid-muridnya.

Perkara utama dalam biografi Imam Sadiq (AS) dalam menghadapi umat Islam pada zamannya, ialah dengan menyadari kondisi masyarakat yang sudah menjadi perkara biasa dengan mazhab dan aliran pemikiran di pasaran pada masa itu. Setiap ulama dan saintis yang muncul mengumpulkan pelajar di sekelilingnya dan menubuhkan mazhab. 

Kebanyakan mazhab ini telah lenyap sepanjang sejarah, tetapi beberapa mazhab Fiqah atau Teologi kekal sejak masa itu; Seperti mazhab Hanafi, Maliki di kalangan Sunni dan Zaidi dan Ismaili di kalangan Syiah. 

Dalam suasana sebegitu, Imam Sadiq (AS) tidak berusaha untuk mewujudkan mazhab-mazhab dan memisahkan cara Syiah dari Muslim yang lain, tetapi dilihat dalam banyak hadis Imam Sadiq (AS) bahawa Beliau memanggil Syiahnya untuk hidup bersama-sama dengan umat Islam pada umumnya.

3490020

tanda nama: Wahdat umat Islam
captcha