IQNA

Amalan bulan Rabiuthani «ربیع‌الثانی»:

17:44 - October 04, 2024
Berita ID: 3105202
IQNA - Dianjurkan solat dua rakaat pada malam pertama bulan Rabiuthani, selain itu, puasa dan haji khususnya ziarah “Imam Hasan Askari (as)” «امام حسن عسکری (ع)» pada bulan ini mempunyai banyak fadhilat.

Laporan IQNA, hari ini adalah hari terakhir dari bulan Rabiul-AwAl dan esok adalah permulaan bulan Rabiuthani. Amalan mustahab dianjurkan pada bulan Rabiuthani dan juga bulan-bulan qamariah yang lain.

Salah satu amalan terpenting di bulan Rabiuthani; Yang disebutkan dalam kitab-kitab Doa Ahlulbayt Nabi (SAW) pada semua bulan Qamariyah; Doa dan solat adalah pada hari pertama bulan. 

Doa Ahlulbayt Nabi (SAW) dari periwayatan oleh Syed Ibn Tawus adalah doa yang dianjurkan untuk dibaca pada hari pertama Rabiuthani, di mana dinyatakan: 

«اللّهُمَّ أَنْتَ إِلهُ کلِّ شَی‌ءٍ، وَ خالِقُ کلِّ شَی‌ءٍ وَ مالِک کلِّ شَی‌ءٍ وَ رَبُّ کلِّ شَی‌ءٍ، أَسْأَلُک بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقی، وَ الْغایةِ وَ الْمُنْتَهی، وَ بِما خالَفْتَ بِهِ بَینَ الْأَنْوارِ وَ الظُّلُماتِ، وَ الْجَنَّةِ وَ النّارِ، وَ الدُّنْیا وَ الاخِرَةِ، وَ بِأَعْظَمِ أَسْمائِک فِی اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ، وَ أَتَمِّ أَسْمائِک فِی التَّوْراةِ نَبْلًا وَ أَزْهَرِ أَسْمائِک فِی الزَّبُورِ عِزّاً، وَ أَجَلِّ أَسْمائِک فِی الانْجِیلِ قَدْراً، وَ أَرْفَعِ أَسْمائِک فِی الْقُرْآنِ ذِکراً، وَ أَعْظَمِ أَسْمائِک فِی الْکتُبِ الْمُنْزِلَةِ وَ أَفْضَلِها، وَ أَسَرِّ أَسْمائِک فِی نَفْسِک، الَّذِی لَیسَ کمِثْلِهِ شَی‌ءٌ. وَ أَسْأَلُک بِعِزَّتِک وَ قُدْرَتِک وَ بِالْعَرْشِ الْعَظِیمِ وَ ما حَمَلَ، وَ بِالْکرْسِی الْکرِیمِ وَ ما وَسِعَ، أَنْ تُصَلِّی عَلی مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ، وَ تُبِیحَ لِی مِنْ عِنْدِک فَرَجَک الْقَرِیبَ الْعَظِیمَ الْأَعْظَمَ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ عَلَی إحْسانَک الْقَدِیمَ الْأَقْدَمَ، وَ تابِعْ إِلَی مَعْرُوفَک الدّائِمَ الْأَدْوَمَ، وَ انْعِشْنِی بِعِزِّ جَلالِک الْکرِیمِ الْأَکرَمِ.»
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan segala sesuatu, dan pencipta segala sesuatu dan pemilik segala sesuatu, dan pengatur segala sesuatu, aku memohon kepadaMu keberamanahan/amanah, dan muktamad, dan punca kejayaan, dan dengannya Engkau pisahkan antara cahaya dan gelap, antara syurga dan neraka, antara dunia dan akhirat, dengan nama-nama besarMu yang ditulis di papantanda «اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ» lohilmahfiz/yang dilindungi, dan penyempurnaan nama-namaMu di Taurat yang mulia dan kemuliaan nama-nama-Mu dalam kitab Mazmur/Zabur, dan pengagungan nama-namaMu dalam kitab Injil, dan ketinggian sebutan nama-namaMu dalam Al-Quran, dan keagungan nama-namaMu dalam kitab-kitab yang berkedudukan dan paling utama, dan paling rahasianya nama-namaMu dalam wujudMu, yang tidak sebanding dengan segala sesuatu, dan aku memohon kepadaMu dengan keagungan dan kekuasaanMu, dan dengan singgahsanaMu yang agung, dan dengan pemikul singgahsanaMu dan kerajaanMu yang mulia dengan keluasannya, semoga Engkau berkati atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan untuk Engkau penuhi bagiku kemenangan yang semakin dekat yang agong dan paling besar dari sisiMu, Ya Allah, penuhilah kebaikanMu yang dahulu dan yang paling terkemuka dan sebagai pengikut kepada perkara-perkara baikMu yang kekal abadi dan memberikan kehidupan padaku dengan kemuliaan agongMu yang dermawan dan yang paling mulia."

Disunnahkan juga solat dua rakaat pada malam pertama bulan Rabiuthani dengan cara  Pada rakaat pertama solat ini, selepas Surah al-Fatihah, membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dan pada rakaat kedua, selepas Surah al-Fatihah, membaca Surah al-Qadr 30 kali; Selain itu, dianjurkan untuk bersedekah selepas menunaikan solat ini, banyak pahalanya.

Menurut kandungan yang dinyatakan dalam kitab Syeikh Abbas Qomi «شیخ عباس قمی»; Mafatihul jinaan « مفاتیح الجنان»;  puasa dan menunaikan ziarah khususnya ziarah kepada “Imam Hasan Askari (as )” «امام حسن عسکری (ع)» pada bulan ini, kerana bulan ini adalah tarikh lahir beliau “Imam ke-11 (as)”. 

Dalam kitab Allamah Majlisi «علامه مجلسی» "Zadul-Ma'ad" «زادالمعاد» hari ini telah diperkenalkan sebagai hari yang mulia dan sangat diberkati dan doa dan solat telah disebut sebagai salah satu perbuatan yang bernilai dan mulia pada hari kelahiran Imam Hasan Askari (as).

Antara peristiwa penting dalam bulan kelahiran ini ialah Hazrat Abdul Azim Hasani (as) cucu kepada Imam Hasan (as) yang juga bertarikh dilahirkan pada hari keempat bulan Rabiulthani Beliau adalah salah seorang sahabat Imam Jawad (as) dan Imam Hadi (as.).

Hari kesepuluh bulan ini juga bertepatan dengan ulang tahun wafatnya Hazrat Masumah binti Imam Musa Al-Qzim dan saudari darapada Imam Ali al-Reza (as), juga dikenal Fatimah kedua «فاطمه ثانی» yang bersinar seperti permata dan bintang di langit Iran. 

Beliau mempunyai kedudukan istimewa di kalangan Ahlulbayt Nabi (SAW) dan para Imam maksum (as) memberi perhatian khusus kepadanya, sebagaimana Imam Jawad (as) berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang menziarahi kubur bibiku Hazrat Masumah (as) di Qom, dia akan menjadi ahli Syurga."

4240493

tanda nama: Amalan bulan
captcha