IQNA

Temu bual IQNA sempena Maulid Imam Hasan Askari (AS)

"Puteri Rom" «شاهزاده روم» ialah tajuk filem animasi kontemporari antara Agama

16:37 - October 12, 2024
Berita ID: 3105245
IQNA - Hadi Mohammadian «هادی محمدیان» berkata: "Mauud" «موعود» (Yang dijanjikan) adalah subjek untuk semua agama dan berkenaan dengan "Puteri Rom" kami cuba membuat filem yang akan menarik perhatian semua penonton setiap agama.

Laporan IQNA; Animasi "The Prince of Rome" mampu mendapat jualan yang tidak dijangka pada masa ia dikeluarkan, dan dalam satu cara, ia memecah persamaan dan ramalan di box office dan memenangi gelaran filem terlaris kelima tahun ini. 

Kisah filem ini adalah mengenai ibu kepada Imam Zaman Al-Mahdi (AS), isteri kepada Imam Hasan Askari (AS) « امام حسن عسکری (ع) ». Ini adalah permulaan bagi animasi Iran untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Produser filem Iran mampu mendekati standard dunia.

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran Imam yang ke-11,Imam Hasan Askari (AS), dan dalam hal ini, wartawan IQNA mengadakan wawancara dengan pengarah filem animasi "Puteri Rom", yang akan kami bentangkan semula pada laporan berikut;

Hadi Mohammadian mempunyai animasi popular lain seperti "Filshah"«فیلشاه» (Raja Gajah) dan "Smart Kid" «بچه زرنگ» (Anak pintar) dalam kerjayanya. Karya-karya ini juga merupakan antara karya terlaris tahun ini.

IQNA - Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Imam Hasan Askari (AS) Imam Ahlulbayt Nabi (SAW) yang ke-11. Anda telah  membuat filem berpaksikan Beliau (AS) yang bertajuk "Prince of Rome" bhs.Parsi; «شاهزاده روم» (Syahzade Rum) yang mampu menarik perhatian orang ramai, untuk memulakan perbincangan, baik bincangkan sedikit tentang filem ini, kemudian kita akan membincangkan topik lain.

Kisah ibu kepada Imam Zaman Al-Mahdi (AS) adalah antara kisah yang sangat menarik yang sering kita dengar sejak kecil. Kisah cinta ibu Imam Zaman (AS) kepada Imam Hasan Askari, Ayah kepada Imam ke-12 (AS) adalah antara kisah cinta terindah yang tercatat dalam sejarah. 

Walaupun romantik, kisah ini juga boleh diceritakan kepada kanak-kanak. Pawagam kanak-kanak melihat isu sebegini dengan sangat sensitif dan kadangkala berbahaya, oleh itu kami membuat kisah ini malah boleh jadi teladan kerana teladan yang menjadi ikutan kanak-kanak, Ibu kepada Imam Al-Mahdi (AS) adalah seorang puteri yang meninggalkan kehidupan istana dengan keselesaannya dan mengikuti mimpi yang dilihatnya sehingga dia dapat mencapai Imam Hasan Askari (AS). 

Cerita ini sendiri sangat menarik dan menawan hati pendengar dan kami memutuskan untuk membuat kerja ini dengan perundingan yang kami lakukan.

IQNA – Kepakaran anda ialah animasi. Anda telah menghasilkan karya yang baik dalam bidang ini juga. Sebagai animator, jelaskan keupayaan bidang ini untuk menyatakan isu agama dan Islam.

Bahasa animasi dianggap sebagai alat praktikal di dunia, kerana kebanyakan masa, filem animasi dianggap sebagai karya profesional pawagam. Dengan kapasiti sebegitu dalam pawagam tanah air, kawasan ini seharusnya digunakan untuk membuat cerita-cerita keagamaan terutama dalam animasi, sensitiviti yang wujud dalam karya sinematik mungkin lebih lemah dan pembikin filem boleh mencipta drama sendiri dengan cara yang lebih baik. 

Penerimaan kerja ini melangkaui sempadan juga. Saya telah menerima mesej yang sangat positif dari seluruh dunia untuk "The Prince of Rome" dan saya telah menerima sokongan untuk membuat filem tentang ibu Imam Al-Mahdi yang Dijanjikan (AS) ini.

Yang dijanjikan «موعود» dalam Syiah berbeza sama sekali dengan yang dijanjikan oleh mazhab dan agama  lain. Janji dalam Syiah bukan sahaja untuk manusia tetapi untuk semua makhluk. Oleh itu, apabila kita membuat filem dalam bidang ini, kita mesti mengambil kira semua penonton setiap agama. Ini berlaku dalam "Puteri Rom" dan kami dapat menarik penonton dari agama lain ke kerja kami ini.

 

4241818

captcha