IQNA

Hujatul-Islam Syed Hasan Khomeini menjelaskan:

Betapa Al-Quran itu menyembuhkan dan rahmat untuk kita

18:39 - November 22, 2024
Berita ID: 3105464
IQNA - Pengurus tempat suci pengasas Republik Islam Iran, dalam perhimpunan wanita Al-Quran, merujuk kepada ayat 82 Surah Mubarakah Al-Israa dan titik tafsiran surah ini, menimbulkan persoalan bagaimana Al-Quran akan menyembuhkan dan rahmat untuk kita?

Laporan IQNA; Sekumpulan wanita yang merupakan ulama Al-Quran dan aktif dalam urusan Al-Quran bertemu dengan Hujatul Islam wal Muslimin Syed Hasan Khomeini sambil memperbaharui perjanjian dengan cita-cita Hazrat Imam Khomeini (RA) pada petang 21 Disember, semalam.

Dalam sebahagian daripada upacara beliau menunjuk kepada ayat 82 Surah Mubarakah Al-Israa dan berkata: Dalam ayat yang mulia ini, Allah SWT berfirman;

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ الظَّالِمِینَ إِلَّا خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua". (Qs, Al-Israa' 17:82). 

Tetapi bagaimana mungkin perkara yang sama itu (iaitu Al-Quran) adalah rahmat bagi orang yang beriman dan kerugian bagi orang yang zalim. Menunjukkan bahawa di dalam Al-Quran, setiap kali "orang-orang mukmin" «مومنین» disebut, perkataan "orang-orang kafir" «کافرون» juga ditemui di hadapannya, tetapi di dalam ayat ini antara perkara di mana Allah Taala tidak membawa "orang-orang kafir" di hadapan orang-orang yang beriman, ayat yang mulia ini menjelaskan perbezaan antara mukmin dan orang-orang zalim «الظَّالِمِینَ».

Syed Hasan Khomeini menyatakan: "Rahmat atau Khusran" «وَرَحْمَةٌ خَسَارًا» adalah peristiwa bagi setiap orang, bergantung kepada di mana orang itu diletakkan dalam cerita. Berkat hujan adalah rahmat bagi seseorang yang mempunyai ladang yang siap, jika tidak punyak ladang dan penampung air boleh menjadi musibah.

Pengurus makam pengasas Republik Islam Iran, menyatakan: Dalam ayat ini, Allah SWT berfirman bahawa Al-Quran bukan sahaja menyembuhkan «شفا», فثفشحه  jika kamu beriman, ia akan menyembuhkan kamu, tetapi dengan syarat beriman, sebaliknya jika kamu kejam «ظالم», Al-Quran yang sama akan menjadi kerugian bagi kamu. 

Bagaimana Al-Quran boleh memberi dua kesan yang berbeza untuk dua orang yang berbeza? Kesembuhan dan rahmat juga disebut dalam ayat ini. Apakah perbezaan antara kedua-dua ini? 


Terdapat istilah dalam tasawuf «عرفان» yang mengatakan bahawa apabila anda bergerak ke arah kesempurnaan, anda mesti melalui empat langkah, langkah pertama ialah pengosongan «تخلیه», kemudian manifestasi/pengisian « تجلیه», kemudian pengindahan « تحلیه», dan akhirnya penghapusan «فنا», peringkat penghapusan pula mempunyai tiga peringkat, yang bersama-sama sebagai tujuh peringkat kesempurnaan. 

Dalam langkah pengosongan, anda mesti menyucikan diri anda, pertama seseorang mesti bersih dari keburukan sebelum memasuki mana-mana arena, kemudian giliran peringkat manifestasi, yang bermaksud bahawa seseorang mesti mencari pengilat dan mengisi diri anda dengan kebaikan-kebaikan dalam peringkat ini.

Betapa Al-Quran itu menyembuhkan dan rahmat untuk kita

Beliau menambah: Telah dikatakan bahawa "penyembuhan" «شفا» adalah menghilangkan kecacatan pada masa yang sama anda mencuci, kemudian langkah seterusnya adalah rahmat, yang di sini bersamaan dengan wahyu, maka Al-Quran juga dapat membersihkan anda dari sebarang kecacatan dan kemudian menghiasi dengan perhiasan akhlak, semua ini dengan syarat bahawa orang itu beriman. Jika seseorang itu tidak beriman, dia adalah seorang yang zalim.

Syed Hasan Khomeini menegaskan bahawa Imam (RA) biasa membaca Al-Quran tiga kali sehari dan menyatakan: Hubungan yang mendalam dengan Al-Quran ini adalah kerana imannya Imam (RA).

Menurut laporan IQNA, pada awal pertemuan ini, yang dimulakan dengan pembacaan unjuk rasa perkabungan dari salah seorang pembaca peringatan sempena Hari Fatimiyah/Haul putri Rasulullah (SAW), dan dilanjuti oleh Puan.Zakiah Abdullahian «زکیه عبداللهیان», setiausaha Persidangan Antarabangsa Wanita Al-Quran, menunjukkan beberapa pencapaian dan keberkatan persidangan ini dan menambah: Salah satu berkat persidangan ini ialah pengumpulan tesis Al-Quran wanita Al-Quran. Hari ini, sejumlah 21,000 tesis Al-Quran yang disediakan oleh wanita telah dikumpulkan di Institut Pengajian Islam dan digunakan oleh semua orang.

Sambil menunjukkan bahawa persidangan wanita Al-Quran telah mengetuai wanita Al-Quran untuk mengadakan pameran seni, festival seni dan mencipta karya seni Al-Quran, beliau berkata: Satu lagi berkat persidangan ini ialah pengenalan wanita Perkumpul Al-Quran dan mengadakan mesyuarat di Tehran. 

Sehubungan itu, lebih 1500 majlis dan perhimpunan Al-Quran wanita telah dikenal pasti dan dilengkapi di Tehran, ini adalah satu kerja besar yang telah dilakukan oleh usaha wanita dan kami berharap pada masa akan datang kami akan dapat mengenal pasti perhimpunan wanita Al-Quran di seluruh negara. 

Perlu diingat bahawa Persidangan Antarabangsa Ulama Al-Quran Wanita Ke-16 dan Persidangan Ke-2 Menghormati Mubalig dan Perhimpunan Wanita Al-Quran pada Ulang Tahun Kelahiran Hazrat Zahra (AS) akan diadakan serentak pada 6 Januari di Menara Milad, Tehran.

4249742

tanda nama: Logika AlQuran wanita
captcha