IQNA

Pemimpin Tertinggi Revolusi dalam pertemuan dengan seniman syair Ahlul-Bayt (AS):

Pekerjaan terpenting Hazrat Zahra (AS) adalah memberi penjelasan

17:37 - December 22, 2024
Berita ID: 3105624
IQNA - Pemimpin tertinggi revolusi pagi ini dalam pertemuan dengan ribuan pembaca syair pujian Ahul-Bayt (AS), mengatakan bahawa kerja terpenting Hazrat Zahra (AS) adalah memberi penjelasan, beliau berkata: Para penyair pujian Ahlul-Bayt (AS) adalah mengikuti Hazrat Zahra (AS) sebagai pemberi penjelasan.

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi, pada peringatan hari lahir Hazrat Zahra (AS), ribuan pemuji dan penyair Ahul-Bayt (AS), bertemu dengan Pemimpin Revolusi Islam.

Petikan kenyataan Yang Mulia dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut:
- Kerja paling penting Hazrat Zahra (AS) adalah memberi penjelasan; Para pembaca Pujian kepada Ahlul-Bayt (AS) adalah mengikuti Hazrat Zahra (AS) dalam kerja memberi penjelasan.
- Fatimah Az-Zahra (AS) juga menyatakan fakta hari itu, isu-isu yang timbul pada hari itu, demikian juga menjelaskan isu-isu hari ini adalah tugas yang sangat penting.

Rancangan Amerika untuk menguasai negara adalah satu daripada dua perkara: sama ada mewujudkan kezaliman atau huru-hara. 

Mereka mencipta huru-hara di Syria dan kini mereka fikir mereka menang. Unsur Amerika dalam sampul itu mengatakan bahawa sesiapa yang menimbulkan masalah di Iran, kami akan membantunya; Orang ahmak/amat bodoh pun mendengar bau barbeku!

Rakyat Iran akan memijak sesiapa sahaja yang menerima tentera upahan Amerika dalam bidang ini.

Mereka sering mengatakan bahawa Republik Islam kehilangan proksinya di rantau ini! Ini satu lagi kesilapan! Republik Islam tidak mempunyai kuasa proksi. Yaman berperang kerana ia mempunyai iman; Hizbullah berperang kerana kekuatan iman membawanya ke medan melawan keangkuhan Amerika zionis; Hamas dan Jihad juga berperang kerana kepercayaan mereka memaksa mereka berbuat demikian; Mereka tidak mewakili kami. Jika kami mahu bertindak suatu hari nanti, kami tidak perlukan kuasa proksi.

4255412

captcha