Laporan IQNA, memetik rosaelyoussef; Kementerian ini mengeluarkan kenyataan sempena haul Syeikh Mustafa Ismail, iaitu pada hari Khamis, 26 Disember, dan mengumumkan: Syeikh Mustafa Ismail, warisan unik bacaan yang menyatakan keindahan kuasa suara dan nada dan bunyi Al-Quran, dia meninggalkannya sebagai kenangan dan bacaannya adalah sumber inspirasi untuk generasi ke generasi mendatang.
Kementerian Awqaf Mesir telah menyebut tentang biografi Mustafa Ismail; Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1905 di kampung "Mit Ghazal" «میت غزال» di wilayah "Gharbiya" «غربیه» dan menghafal Al-Quran sejak kecil dan mempelajari kaedah-kaedah mengaji dan Tajwid.
Setelah menguasai lebih daripada 19 kedudukan nada Al-Quran, yang dibezakan dengan kebolehan membacanya, dan ini menambahkan kedalaman dan daya tarikan unik bacaannya.
Dalam kesinambungan kenyataan itu, ditegaskan bahawa Syeikh Mustafa Ismail merupakan qari pertama tanpa peperiksaan yang merakam bacaannya di radio Mesir, dan beliau menjadi qari istana diraja pada zaman pemerintahan Raja Farouk (raja negara Mesir ketika itu) dan menerima anugerah dan penghormatan daripada presiden Mesir dan negara Arab dan Islam, yang paling penting diantaranya adalah lencana merit/tanda kelayakan dari Mesir dan Syria dan lencana cedar «سدر» Lubnan.
Kementerian Wakaf Mesir, merujuk kepada kekuatan unik Syeikh Mustafa Ismail dalam menggabungkan kaedah-kaedah Tajwid dan ilmu bacaan dan autoriti, menyatakan Syeikh Mustafa Ismail mampu menyampaikan kemuliaan konsep bacaan Al-Quran kepada hati pendengarnya dan ciri ini menjadikannya salah seorang inovator seni ini.
Di akhir kenyataan, ditegaskan bahawa ingatan Syeikh Mustafa Ismail masih hidup dalam ingatan umat Islam dan beliau merupakan personaliti Al-Quran yang luar biasa yang menambahkan banyak khazanah kepada legasi bacaan Al-Quran dan kreativiti.
Mustafa Ismail ialah seorang qari dari Mesir, yang dikenali sebagai Akbar al-Qura «اکبر القراء» dan salah seorang qari terhebat dalam sejarah dunia. Ramai yang meniru gayanya dalam mengaji Al-Quran. Mustafa Ismail dilahirkan pada 17 Jun 1905 di Mesir dan meninggal dunia pada 26 Disember 1978. Dengan meninggalnya Allahyarham Ismail, bermulalah kemerosotan zaman kegemilangan qari Mesir.
4256548