IQNA

Sempena malam Jumaat pertama Rejab

Menghidupkan Malam al-Raghaib di dua makam suci

15:05 - January 03, 2025
Berita ID: 3105685
IQNA - Sebilangan besar jemaah ziarah Abu Abdillahil-Husein (as) menghidupkan Lailatul-Raghaib « لیلة الرغائب» di Dataran antara Dua Makam suci Imam Husein dan Hazrat Abas (as) pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan pada masa yang sama dengan Lailatul-Raghaib (malam hajat dan keinginan).

Laporan IQNA, memetik al-Kafil «الکفیل»; Kota Karbala pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan Lailat al-Raghaib menerima sejumlah besar jemaah ziarat Abu Abdillah al-Husein dan Hazrat Abul Fazl al-Abas, salam sejahtera ke atas kedunya « اباعبدالله الحسین و حضرت ابوالفضل العباس علیهما السلام», dan para jemaah ziarah menyatakan pengabdian mereka kepada Ahlulbayt maksumin (as) pada malam ini.

Manghidupkan Lailatul-Raghaib di antara dua makam suci itu bertepatan dengan kelahiran dua orang Imam yang mulia iaitu Imam Baqir dan Imam Hadi (as), iaitu pada hari-hari pertama bulan Rejab al-Murjab «رجب المرجب». Ini menambah kerohanian dua dataran makam suci ini.

Semasa bulan Rejab, makam suci Huseini dan Abasi telah mengatur banyak langkah untuk melayani jemaah ziarah dan memenuhi keperluan mereka.

Dalam berikut, anda boleh melihat imej qiamulail Lailatul-Raghaib di antara dua dataran makam suci tersebut:

 

4257796

tanda nama: bulan Rejab
captcha