IQNA

Pertemuan peserta Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-41 bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam

23:34 - February 02, 2025
Berita ID: 3105851
IQNA - Peserta dan ahli juri Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-41 bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi di Huseiniyah Imam Khumeini (ra), tilawah Al-Quran dan Pujian Agama adalah sebahagian daripada majlis tersebut.

Laporan IQNA; Dengan berakhirnya Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-41 (27-31 Januari 2025M, Masyhad suci), hari ini, 2 Februari, peserta pertandingan ini bertemu Yang Mulia Ayatullah Khamenei Pemimpin Tertinggi Revolusi di Dewan Huseiniyah Imam Khomeini (ra).

Upacara ini bertepatan dengan kelahiran Hazrat Abu Abdullah Al-Husein (AS) «اباعبدالله الحسین(ع)», dengan persembahan Abbas Salimi «عباس سلیمی», seorang perintis Al-Quran, dan bacaan Syed Muhammad Huseinipour «سیدمحمد حسینی‌پور», seorang qari Iran dan orang pertama dalam tempoh ini dalam bidang bacaan Taranum. Qari antarabangsa ini membaca ayat 41 hingga 46 Surah Fussilat dan ayat 1 hingga 6 Surah Al-Alaq.

Muhammad Ali Jabin, seorang ahli juri dari Mesir, melakukan doa untuk memuji Abu Abdillah Al-Husein (AS). Qari dan pembaca pujian keagamaan Mesir ini juga melakukan doa dengan indah;

«ان فی الجنة نهرا من لبن لعلی و حسین و حسن»
Yang bermaksud; "Di dalam syurga terdapat sungai susu kerana untuk Ali, Husein, dan Hasan."

Satu lagi bahagian majlis ialah penyampaian bacaan Al-Quran oleh Muhammad Khakpour «محمد خاکپور», pemenang tempat pertama Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-41 dalam bidang hafazan keseluruhan Al-Quran, diikuti oleh Muhammad Husein Muhammad, seorang qari yang dihantar dari Mesir dan pemenang tempat kedua dalam bidang bacaan ayat-ayat Al-Ahzab.

Sekumpulan remaja dan dewasa muda dari kumpulan Sabil Al-Resyad «سبیل‌الرشاد», yang diketuai oleh Ali Mehrabi «علی محرابی», seorang qari dan guru Al-Quran, membaca Al-Quran, meniru gaya qari Mesir terkemuka, dan melakukan pelbagai bacaan.

Selepas majlis itu, Hujatul Islam Walmuslimin Syed Mahdi Khamusyi «حجت‌الاسلام والمسلمین سیدمهدی خاموشی», Ketua Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal Amal, membentangkan laporan pelaksanaan Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-41 dan berkata dalam ucapannya: Wakil lelaki dan wanita dari 26 negara dalam bidang tilawah, penyelidikan, Tartil dan Hafazan-Keseluruhan Al-Quran mengadakan pertandingan gilang gemilang di kota suci Masyhad.

Dan kemudian Ayatullah Khamenei membuat beberapa kenyataan.
Petikan daripada kenyataan beliau yang terutama semasa mesyuarat ini adalah seperti berikut:

- Kesinambungan mukjizat Al-Quran dan mukjizat kenabian adalah rahmat besar bagi alam semesta.

- Dengan izin Allah, Gaza akan mengatasi rejim Zionis.

- Keadaan mental bertawakkal kepada Allah bermaksud kita mesti yakin dengan izin Allah perkara yang mustahil menjadi mungkin.

- Iran hari ini bukanlah Iran 40 tahun lalu dan telah berkembang ke semua arah; Negara Iran telah bersabar dan telah mencapai kemajuan.

Syarat praktikal untuk amanah ialah turun padang. Masalah negara Islam boleh diselesaikan dengan bertawakal kepada Allah.

 

 
 
Pertemuan peserta Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-41 bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam
 
Pertemuan peserta Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-41 bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam
 
Pertemuan peserta Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-41 bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam

4263390

captcha