IQNA

Perhimpunan Al-Quran diadakan di Iraq sempena Hari Al-Quran Sedunia

21:13 - February 07, 2025
Berita ID: 3105877
IQNA - Perhimpunan Saintifik Al-Quran yang bergabung dengan Makam Hazrat Abas (as) telah mengadakan beberapa perhimpunan Al-Quran di wilayah Iraq yang berlainan sempena Hari Al-Quran Sedunia.

Laporan IQNA, memetik Al-Kafeel «الکفیل», Perhimpunan Saintifik Al-Quran mengadakan perhimpunan Al-Quran di wilayah Karbala, sebagai penerusan program Hari Al-Quran Sedunia, dengan penyertaan sekumpulan qari terkemuka Iraq dan profesor hafazan Al-Quran.

Dalam upacara ini, qari dari Iraq, Indonesia, Iran, dan Mesir membacakan ayat-ayat Al-Quran, dan kemudian Dr. Alaa Al-Musawi «دکتر علا الموسوی», Timbalan Pengarah Pendidikan di Perhimpunan Ilmiah Al-Quran, bercakap tentang kehebatan Al-Quran dan kaitannya dengan Keluarga Suci Nabi Muhammad (SAW), dan menganggap Hari Al-Quran Sedunia sebagai titik permulaan untuk sambungan kekal dengan Firman Wahyu.

Institut Al-Quran Wilayah Baghdad juga mengadakan perhimpunan Al-Quran di Huseiniyah Malik Asytar di Baghdad «حسینیه مالک اشتربغداد». Semasa upacara ini, beberapa qari dari Perhimpunan ilmi Quran Karim wilayah Makam Suci Abasi «مجمع علمی قرآن کریم آستان عباسی» membacakan ayat-ayat dari Kitab Allah, dan kemudian ahli pujian Ahlulbait (AS) membacakan syair memuji kemaksuman dan kesucian Ahlulbait (AS).

Di wilayah Babylon, Iraq, satu perhimpunan Al-Quran telah diadakan oleh Perhimpunan Saintifik Al-Quran Karim Wilayah Makam Abasi di Huseiniyah Imam Kazim (AS). Sempena Upacara memperingati ulang tahun kelahiran Imam Husein (AS) «ایام ولادت امام حسین(ع)», Hazrat Abas (AS) «حضرت عباس(ع)», dan Imam Sajad (AS) «امام سجاد(ع)», dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, tafsiran Al-Quran dan pujian Ahlulbait (AS).

Di bawah adalah gambar-gambar dari upacara ini:

4264571

tanda nama: Halaqah Al-Quran
captcha