IQNA

Saudi

Mahkamah Tinggi menggesa agar anak bulan Ramadan dilihat pada petang Jumaat

14:59 - February 28, 2025
Berita ID: 3105994
IQNA - Mahkamah Tinggi Pencerapan anak bulan Arab Saudi menyeru semua umat Islam untuk berusaha melihat hilal bulan suci Ramadan pada petang Jumaat, 28 Februari/29 Syaban.

Laporan IQNA, memetik Agensi Akhbar rasmi Saudi (SPA); Mahkamah Tinggi Arab Saudi menyeru semua umat Islam untuk berusaha melihat hilal bulan suci Ramadan pada petang Jumaat, 29 Syaban 1446 Hijrah, bersamaan dengan 28 Februari 2025M.

Mahkamah Tinggi meminta mereka yang melihat anak bulan dengan mata kasar atau dengan kamera supaya memaklumkan mahkamah terdekat atau pusat berkaitan untuk membantu merekodkan keterangan mereka.

Institusi rasmi Saudi ini juga menjemput orang ramai yang dapat melihat anak bulan untuk menyertai jawatankuasa penampakan/Pencerapan anak bulan,untuk berkongsi pahala ini, kerana kerjasama ini adalah untuk kebaikan dan ketakwaan dan untuk kepentingan semua umat Islam.

Di negara Republik Islam Iran, memandangkan awal bulan Ramadan pada petang Jumaat, 29 Syaban yang mulia, jika anak bulan dilihat pada petang Jumaat, 29 hari bulan Syaban 1446, maka bulan Syaban akan menjadi 29 hari dan hari Sabtu menjadi hari pertama Ramadan, tetapi jika hilal tidak kelihatan pada petang Jumaat ini, maka Syaban 1446 akan berlangsung selama 30 hari, dan Ahad, 2 Mac, akan menjadi hari pertama Ramadan tahun 1446H.

4268732

captcha